Now Reading
Tips Penjagaan Ibu Bapa yang Uzur dan Mempunyai Mobiliti Terhad

Tips Penjagaan Ibu Bapa yang Uzur dan Mempunyai Mobiliti Terhad

penjagaan ibubapa uzur

Kita tidak dapat menafikan yang ibu bapa semua akan semakin tua sekian hari dan ini adalah kitaran hidup yang tidak dapat dielakkan. Kelahiran, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia tua adalah lumrah hidup dalam kehidupan seorang manusia. 

Semua peringkat ini mempunyai masalah dan cabaran mereka sendiri. Dengan setiap tahap yang berlalu, kekuatan fizikal kita akan semakin merosot dan kestabilan mental akan semakin berkurangan.

Warga tua menginginkan kehidupan yang mempunyai kesihatan yang baik, bermaruah sentiasa dan kesenangan untuk bergerak dalam kediaman mereka. Oleh itu kita haruslah memahami keperluan dan kebimbangan mereka dan memberi sokongan fizikal dan emosi kepada ibu bapa kita supaya mereka tetap riang selalu. Ini adalah cara yang ideal untuk mereka menjalani kehidupan bersara mereka dengan sihat. 

4 segi anda boleh membantu mereka

Sebagai anak yang baik, kita semestinya ingin memberi layanan yang terbaik untuk ibu bapa kita. Apabila anda memikul tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa sendiri, anda harus mengingati perkara di bawah:

• Menyelia agar mereka mempunyai kesihatan yang baik;

• Membantu mereka berdikari secara optimum mengikut keadaan diri mereka;

• Menolong membuat keputusan untuk mereka; dan

• Menjaga dan menyokong dengan hubungan baik

Apabila mereka semakin tua, kita harus mengingati yang mereka juga akan mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian secara mendalam. Masalah kesihatan mereka boleh menjadi bebanan yang lebih kerana temu janji yang banyak, besertakan dengan ubatan yang mereka perlu ambil. 

Apakah yang boleh anda lakukan

Inilah beberapa jangkaan yang anda boleh pertimbangkan untuk membantu mengatur dan merancang jadual harian anda bagi menjaga mereka seperti dibawah:

• Mencari doktor yang baik dan bertanggungjawab, di mana anda dan ibu bapa anda percaya. Ini kerana doktor tersebut boleh bantu anda untuk merancang temu janji dengan doktor pakar jika ada keperluan. Doktor ini juga boleh memberikan anda nasihat yang anda perlukan jika terdapat kecemasan di rumah anda;

• Aturkan ubat-ubatan mereka dengan kemas;

• Perhatikan jika terdapat perubahan yang drastik terhadap mereka. Ini adalah kerana orang tua kurang menunjukan simptom jika mereka mempunyai masalah kesihatan yang tidak didiagnosiskan dengan lebih awal;

• Pastikan mereka mendapat nutrisi, pemakanan dan air yang mencukupi. Terutamanya air kerana orang tua kurang perasan yang mereka sebenarnya dahaga;

• Berikan perhatian terhadap tabiat buang air besar mereka. Masalah sembelit adalah biasa untuk orang tua, oleh itu anda harus memastikan mereka cukup air dan serat dalam pemakanan mereka;

• Kulit orang tua adalah amat nipis, tambahan dengan kekurangan mobiliti, ini menambahkan tekanan ke atas kulit mereka dan menyebabkan kulit di kawasan tersebut cepat koyak. Oleh itu anda harus sentiasa melembabkan kulit mereka dengan losyen yang sesuai;

• Perkara yang paling penting adalah tidak terlampau memberi fokus dan perhatian terhadap masalah kesihatan mereka. Biarlah mereka menggunakan masa ini bersama ahli keluarga yang lain, cucu dan rakan mereka, atau mengejar hobi mereka. 

Petua mengurangkan stress dan bebanan sebagai penjaga warga emas

Inilah beberapa petua yang dapat mengurangkan beban dan stress mental yang anda mungkin alami apabila menjaga ibu bapa anda:

• Eratkan lagi hubungan anda dengan ibu bapa anda. Sentiasa beritahu mereka yang anda sayang akan mereka dan akan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya;

• Kurangkan jangkaan dari diri anda dan dari ibu bapa anda. Ini adalah satu fasa yang penuh dengan ujian dan memerlukan kesabaran;

• Rehat jika perlu dan anda tidak perlu bergesa untuk melakukan semuanya;

• Keutamaan yang anda patut berikan kepada ibu bapa anda adalah membantu mereka untuk hidup berdikari mengikut keupayaan diri mereka. 

Alatan bantuan pergerakan dan mobiliti akan memudahkan tugasan anda

Warga tua kita akan hilang kemampuan untuk sesetengah aktiviti fizikal. Oleh itu anda dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan fasa ini dengan peralatan bantuan mobiliti.  

Alat bantuan mobiliti boleh meningkatkan kualiti hidup warga tua. Mereka boleh menjalani kehidupan mereka dengan lebih berdikari. Peralatan bantuan mobiliti juga dapat memberi manfaat kepada anda sebagai penjaga serta dapat meringankan beberapa keperluan untuk anda dan dapat menghilangkan stres dari tugasan anda. 

Kini terdapat pelbagai jenis peralatan barangan mobiliti di pasaran yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan ibubapa kita yang tua dan lemah. Kami telah mendapatkan senarai lengkap ini dari Neolee Rehab Supply, yang telah membantu ramai warga emas untuk menjalani kehidupan mereka dengan baik:

Kerusi Roda

Kerusi roda perjalanan transit, kerusi roda ringan, kerusi roda keluli, kerusi roda berbaring, kerusi roda kanak-kanak, kerusi roda sukan dan riadah, kerusi roda elektrik.

Kerusi roda wheelchair

Katil hospital

Katil hospital elektrik dan katil hospital manual

Katil Hospital

Lapik anti-bedsore

Pelapik airwave Dr Ho, kusyen Bestsorb, tilam cegah luka baring bentuk tube, tilam cegah luka baring bentuk bubble, spenco mattress

anti bedsore

Perabot hospital

Kabinet katil hospital, meja makan beroda

perabot hospital

Kerusi tandas (Commode Chair)

Alatan keselamatan bilik mandi, kerusi commode

kerusi tandas

Peralatan Perubatan

Pinggan dan mangkuk penyedut silikon, perkakas makan adaptif,peralatan perubatan

Tongkat dan walker

Tongkat bertapak sempit, tongkat, walker, pelindung kaki

tongkat

Rehabilitasi

Aircast, DonJoy, senaman pedal elektrik, ortosis pergelangan tangan dan jari

knee brace

Keperluan Khas

Bingkai berdiri, walker

standing frame

Kecemasan & Pertolongan Cemas

Usungan atau stretcher, Nihon Kohden Cardiolife AED, Manikin, anti-chocking trainer, Prestan AED Ultra Trainer

pertolongan cemas

Keselamatan Bilik Mandi

Pemegang dinding, Kerusi mandi, Booster kerusi mangkuk tandas, Bingkai keselamatan mangkuk tandas

Ketersediaan untuk membeli peralatan bantuan mobiliti di negera kita bukan susah. Di Malaysia, terdapat sebuah syarikat yang membekalkan peralatan bantuan mobiliti untuk orang tersayang kita. 

Neolee Rehab Supply Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang merupakan pembekal produk pemulihan perubatan di Malaysia. Syarikat ini mempunyai pengalaman sebanyak 20 tahun dalam bidang ini dan juga disahkan oleh ISO & SIRIM. 

neolee rehab supply

Perkhidmatan lain yang disediakan oleh Neolee Rehab Supply adalah servis kaki prostetik untuk bawah lutut (trans-tibial) dan atas lutut (trans-femoral). Perkhidmatan servis kaki prostetik tidak hanya berakhir dengan pemasangan kaki palsu pesakit, malah pesakit amat dialu-alukan untuk kembali membuat penyelenggaraan. Perkhidmatan seterusnya adalah servis pertukaran tayar untuk kerusi roda.

Neolee Rehab mempunyai dua cawangan di Malaysia: 

Cawangan Pertama: 

Level 1, IKON Connaught Mall, Taman Connaught, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.
No telefon: +603-9212 9402
Whatsapp+60123233037

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10am – 8pm)

Cawangan Kedua:

37, Jalan Teratai 2, Taman Johor Jaya, 81100 Johor, Malaysia.
 No telefon: +607-519 0350
Whatsapp +60182234171

Waktu operasi: Ahad-Jumaat (9am – 6pm), Tutup pada hari Sabtu

Pembelian online dengan mudah dan segera

Anda juga boleh membeli alatan-alatan ini dengan mudah secara online. Hanya klik dan ianya akan dihantar ke rumah anda. Sila layari https://www.neolee.com.my/index.php?ws=productsbycat untuk maklumat lanjut.

Menjaga ibu bapa yang tua dan uzur adalah satu situasi yang akan mencabar diri anda dan, peranan yang anda akan mainkan adalah terbalik. Sekarang anda adalah pengasuh dan penjaga untuk ibu bapa anda. 

Ini adalah fasa perjalanan kehidupan di mana anda perlu memupuk kesabaran yang banyak untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan ibu bapa anda. 

Oleh itu anda dinasihatkan untuk meletakan diri anda di kasut ibu bapa anda sekali-sekala supaya anda dapat menjangka tekanan yang dua pihak akan alami dengan perubahan dinamik kehidupan ini. 

Ibu bapa kita adalah dua manusia yang pernah bebas bergerak dan bebas membuat segala keputusan untuk diri dan keluarga mereka. Oleh itu anda perlu memahami kekecewaan yang mereka akan alami dan mungkin rasa marah dengan fasa yang baru ini. 

Bagi mereka, kebebasan dan maruah mereka adalah amat penting dan apabila mereka memasuki fasa yang perlukan bantuan dari anda untuk menjaga mereka akan menjadi satu kekecewaan yang besar. 

Oleh itu anda harus memberitahu mereka yang anda amat menghormati maruah mereka dan akan membiarkan mereka menjaga diri mereka dengan sendiri dengan sebaik mungkin.

error: Content is protected !!