Malam pertama sering membuatkan bakal pengantin tertekan. Sebenarnya, anda tidak perlu berasa bimbang atau risau mengenainya.
Inilah malam terbesar yang sering membuatkan bakal pengantin berasa tertekan. Sebenarnya, anda tidak perlu berasa bimbang atau risau mengenainya. Ini kerana anda akan bersama pasangan anda, beliau adalah seseorang yang telah lama dikenali dan mereka sudah tentu mencintai anda.
Jadi, ambil nafas sedalam yang mungkin dan relaks. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda bersedia untuk malam pertama.
Luaskan pengetahuan anda
Ilmu yang betul adalah sangat penting. Anda tidak mungkin mengetahui sesuatu sepenuhnya terutamanya berkenaan seks. Secara umum, kita tidak pernah diberi pengajaran dengan lebih lanjut tentang seks di sekolah. Jangan takut untuk belajar perkara baru ini. Bacalah artikel berkenaan posisi ketika seks atau produk seks berbeza yang mungkin boleh anda cuba.
Pilih pakaian atau cara penampilan anda
Peraturan asas pakaian dalam adalah untuk memakai pakaian yang klasik. Anda tidak perlu berlebihan dan memakai pakaian yang membuatkan anda sendiri tidak selesa. Tetapi, tiada sebarang halangan dan itu terpulang pada diri anda.
Jika tidak, pilihlah sesuatu yang biasa dan mudah untuk dibuka. Bagi wanita, pilih pakaian dalam berenda yang anda boleh pakai di dalam baju anda. Dengan cara ini anda tidak perlu membuat pertunjukkan kepada pasangan anda. Anda hanya perlu membuka pakaian sahaja.
Menguruskan apa yang diharapkan
Jangan bayangkan malam pertama anda dengan terlalu berlebihan. Berhenti menggambarkannya sebagai sesuatu yang sempurna. Ini kerana hubungan seksual tidak akan pernah sempurna. Memiliki harapan yang realistik boleh membantu anda untuk tidak berasa kecewa kerana hubungan seks yang sebenar tidak menepati imaginasi anda.
Ingatkan diri anda tentang perkara tersebut walaupun hari yang anda nantikan hampir tiba. Ini adalah dunia nyata, bukannya drama atau novel cinta.
Beri tumpuan pada saat indah bersama pasangan
Kami mengesyorkan anda melakukan sesuatu yang boleh menenangkan diri beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan anda. Beberapa minggu sebelum perkahwinan, ia boleh menjadi situasi yang tertekan buat diri anda. Oleh itu, mempelajari cara mendiamkan fikiran anda adalah sangat penting.
Pada malam pertama anda, fokus pada setiap perkara yang dilakukan oleh pasangan anda. Jangan biarkan minda anda merayau ke tempat lain sewaktu melakukan hubungan seks buat kali pertama.
Sumber:
https://www.theknot.com/content/groom-guide-wedding-grooming
https://www.weddingwire.in/wedding-tips/first-night-tips-for-bride–c3907