Now Reading
Tips untuk Kehidupan Seks yang Sihat Di Usia Warga Emas

Tips untuk Kehidupan Seks yang Sihat Di Usia Warga Emas

Seks boleh menjadi pengalaman emosi yang kuat dan hebat untuk melindungi atau meningkatkan kesihatan, dan pastinya seks bukan untuk golongan muda sahaja. Seks yang dilakukan oleh mereka yang berumur lebih dari 50 tahun atau dengan panggilan mudah warga emas mungkin akan ada sedikit halangan yang mencabar, dan anda mungkin merasa kecewa dengan masalah berkaitan dengan proses penuaan, tetapi masalah ini boleh diatasi.

Dengan pemahaman yang lebih baik dan berfikiran terbuka, anda boleh terus menikmati kehidupan seks warga emas secara fizikal mahupun emosi – ianya bukan berdasarkan faktor usia tetapi lebih kepada keinginan.

 

Seks yang hebat tanpa memandang pada umur

Keperluan untuk hubungan intim tak pernah padam walaupun semakin berumur. Dan kajian telahpun mengesahkan bahawa tidak kira apa jantina anda, anda masih boleh menikmati seks selama yang anda mahukan. Bagaimanapun, seks pada usia 70 atau 80 tahun mungkin tidak sehebat seperti di usia 20 atau 30 – tetapi jika dilakukan dengan betul, ia boleh menjadi satu pengalaman yang baik. Sebagai warga emas yang mempunyai banyak pengalaman, anda pastinya lebih mahir berbanding pada waktu muda dahulu, dan lebih berpengetahuan dalam mendapatkan seks yang lebih baik. Mereka ini juga biasanya lebih berkeyakinan dan lebih realistik berbanding dengan golongan muda yang lebih berangan-angan dan bersifat prejudis.

Dengan anak-anak yang semakin membesar dan beban kerja semakin berkurangan, pasangan suami isteri mempunyai banyak masa untuk berehat dan dapat menghabiskan masa bersama-sama tanpa gangguan daripada anak-anak dan perkara-perkara yang membebankan.

Walau bagaimanapun, untuk beberapa sebab, kebanyakan mereka yang bergelar warga emas ini bimbang mengadakan hubungan seks dikala umur yang semakin meningkat dan akhirnya berpaling dari melakukan aktiviti seksual. Sesetengahnya merasa malu, sama ada dengan perubahan fizikal mereka atau “prestasi” mereka, sementara yang lain mungkin disebabkan oleh penyakit atau ketiadaan pasangan. Tanpa maklumat yang tepat dan berfikiran terbuka, situasi sementara ini boleh menjadi satu situasi yang kekal.

Anda boleh mengelakkan daripada membiarkan perkara ini berlaku dengan menjadi proaktif. Sama ada anda sedang berusaha untuk memulakan semula atau memperbaiki kehidupan seks anda, ianya penting untuk bersedia mencuba perkara-perkara baru, dan meminta bantuan profesional jika perlu. Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengimbangi perubahan biasa yang datang dengan penuaan atau apabila bergelar warga emas. Dengan maklumat dan sokongan yang sesuai, umur anda yang meningkat boleh menjadi perkara yang menarik untuk membantu meneroka aspek emosi dan keberahian seksualiti anda.

 

Manfaat seks apabila sudah bergelar warga emas

Semakin usia meningkat kini bergelar warga emas, dua perkara ini yang pernah membawa kegembiraan sepanjang kehidupan iaitu anak-anak dan kerjaya, mungkin tidak lagi menjadi menjadi perkara yang penting bagi anda. Hubungan peribadi kini lebih bermakna, dan seks menjadi satu aktiviti untuk meningkatkan komunikasi hubungan suami isteri. Ini kerana seks mempunyai kuasa untuk:

  • Meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Hubungan seks boleh membakar lemak, menyebabkan otak melepaskan endorfin, dan mengurangkan keresahan secara drastik.
  • Meningkatkan jangka hayat. Melalui manfaat kesihatan yang bertambah baik, kehidupan seks yang baik juga boleh menambah jangka hayat anda dan pasangan.
  • Mengukuhkan hubungan. Seks adalah peluang anda untuk mengakrabkan lagi hubungan bersama pasangan anda.
  • Memberikan perlindungan. Seks memberi anda peluang untuk melepaskan diri dari realiti dunia.

 

Terima dan raikan diri anda

Seks pada umur yang semakin meningkat atau sebagai pasangan warga emas mungkin tidak sama seperti pada zaman muda anda tetapi itu bukan satu perkara yang buruk. Malah, seks sebenarnya boleh menjadi lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini. Semakin anda menerima kenyataan usia anda semakin bertambah, anda boleh:

Mendapatkan kelebihan melalui pengalaman. Kebebasan dan keyakinan diri yang datang dengan pertambahan usia boleh menjadi satu daya penarik oleh pasangan anda. Tidak kira jantina, anda merasa lebih keyakinan diri dengan bentuk badan anda pada umur 62 atau 72 berbanding sewaktu umur anda 22 tahun. Dan anda yang sekarang ini lebih banyak mengetahui mengenai diri anda dan apa yang membuat anda teruja dan bahagia. Pengalaman dan kepuasan diri anda dapat membuatkan kehidupan seks lebih menarik untuk anda dan pasangan anda.

Semakin usia bertambah juga, anda perlu elak daripada menaruh harapan tinggi dalam perhubungan seksual. Lakukan yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada membezakan pengalaman yang dirasai pada waktu muda dan sekarang. Jika anda menikmati kehidupan seks yang aktif pada zaman muda, tidak ada sebab untuk tidak kekal aktif meskipun semakin berumur, kecuali jika anda menginginkan sebaliknya. Sikap positif dan fikiran terbuka boleh memperbaiki kehidupan seks sungguhpun umur semakin meningkat.

Sayangi dan hargai diri anda meskipun sudah bergelar warga emas. Lumrah alam, badan akan melalui perubahan setiap kali umur meningkat. Anda dapat lihat dan rasa setiap perbezaan yang dialami oleh badan anda berbanding sewaktu muda dulu. Jika anda boleh menerima perubahan semulajadi ini dan berasa bangga dengan perubahan itu, anda bukan sahaja akan merasa lebih bangga, malah anda juga akan menjadi lebih menarik pada pandangan orang lain. Keyakinan dan kejujuran dapat mencetuskan rasa hormat daripada orang lain kepada anda,  malah anda tampil lebih seksi dan menarik.

 

Berkomunikasi dengan pasangan anda

Bila badan dan perasaan berubah apabila semakin tua, adalah amat penting untuk berkongsi apa yang ada dalam fikiran anda, rasa bimbang, dan keinginan anda bersama pasangan anda. Galakkan juga pasangan anda untuk berkomunikasi sepenuhnya dengan anda. Berbicara secara terbuka mengenai seks mungkin tidak mudah bagi anda dan pasangan, tetapi meningkatkan komunikasi bersama-sama pasangan akan membantu anda dan pasangan merasa lebih dekat, dan dapat membuat seks lebih menyeronokkan.

Membincangkan subjek seks mungkin agak sukar bagi sesetengah orang, tetapi percayalah ia akan menjadi lebih mudah apabila memulakan subjek tersebut. Dan sebagai bonus tambahan, anda akan dapati dengan hanya bercakap tentang seks boleh membuat anda merasa seksi. Cuba strategi berikut semasa anda memulakan perbualan dengan pasangan:

  • Bergurau senda – Sambil bergurau dengan pasangan, anda boleh berbicara mengenai seks dengan cara santai. Gunakan jenaka, mengusik satu sama lain, dan juga menggeletek badan pasangan anda untuk menceriakan situasi keintiman.
  • Jujur –  Kejujuran memupuk kepercayaan dan melegakan anda dan pasangan – dan boleh membuatkan hubungan anda sangat menarik. Biar pasangan anda tahu bagaimana perasaan anda dan apa yang anda harapkan dalam kehidupan seks.
  • Bincangkan idea baru –  Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, bincang bersama pasangan anda, dan sama-sama berfikiran lebih terbuka mengenai idea-idea yang dibincangkan. Semakin anda berumur, dengan lebih banyak masa terluang dan gangguan yang sedikit, inilah masanya untuk menjadi lebih kreatif dalam hubungan intim.
  • Berfikiran lebih moden – Anda mungkin tergolong dalam generasi lama di mana seks adalah satu subjek yang malu untuk dibincangkan. Tetapi sebenarnya apabila anda berbincang secara terbuka tentang keperluan, keinginan, dan kebimbangan anda dengan pasangan boleh membuat anda lebih rapat – dan membantu anda menikmati hubungan seks dan hubungan intim.

 

Fokus pada keintiman dan sentuhan fizikal

Hubungan seks yang baik, tidak kira peringkat umur sama ada warga emas atau tidak, melibatkan lebih daripada sekadar seks. Ia juga mengenai keintiman dan sentuhan, perkara-perkara yang boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja. Walaupun anda mempunyai masalah kesihatan atau ketidakupayaan fizikal, anda masih boleh melakukan hubungan intim dan mendapat manfaat daripada sentuhan bersama dengan pasangan. Usah terlalu memikirkan “seks yang sempurna”. sebaliknya, fokus pada kepentingan sentuhan, pelukan dan keintiman bersama pasangan anda.

 

Luangkan masa anda

Tanpa perlu memikirkan beban kerja atau anak-anak, mereka yang bergelar warga emas atau sudah berusia ini mempunyai lebih banyak masa untuk menumpukan pada hubungan intim bersama pasangan. Gunakan masa anda untuk bermesra dengan pasangan..

  • Pelbagaikan aktiviti bersama pasangan – Mulakan dengan makan malam romantis – atau sarapan pagi bersama- sebelum memulakan hubungan seks dengan pasangan. Berkongsi cerita dan puisi romantis atau erotik juga adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan. Meluangkan masa bersama, tanpa perlu adanya hubungan seksual adalah cara anda mengadakan hubungan intim yang paling bagus.
  • Jangan berasa malu – Pegang tangan dan sentuh pasangan anda dengan kerap, dan dorong pasangan untuk menyentuh anda. Beritahu pasangan anda apa yang anda sukakan padanya, dan kongsi idea mengenai cara hubungan seksual terbaru yang anda ingin lakukan bersamanya.
  • Bersantai bersama – Cari aktiviti yang boleh merehatkan anda dan pasangan, mungkin boleh mengurut satu sama lain atau mandi bersama-sama. Keadaan yang tenang dapat memupuk keyakinan dan keselesaan, dan boleh membantu masalah ereksi dan kekeringan.

 

Meluaskan definisi seks anda

Seksualiti sememangnya memerlukan definisi yang lebih luas apabila semakin kita berusia. Cubalah untuk berfikiran terbuka idea bahawa seks boleh membawa banyak maksud, dan keintiman dengan pasangan dapat dinyatakan dalam pelbagai cara.

Ia bukanlah hanya sekadar melakukan persetubuhan. Seks juga adalah mengenai keseronokan emosi, keseronokan deria, dan keseronokan berhubungan. Persetubuhan adalah satu cara memenuhi keinginan sensual anda. Menyentuh, mencium, dan hubungan intim boleh memberi kesan yang sangat baik untuk anda dan pasangan.

Perubahan semula jadi. Semakin usia anda meningkat, adalah perkara normal jika anda dan pasangan mempunyai keperluan dan keupayaan seksual yang berbeza. Jadi, cari cara baru untuk terus menikmati hubungan seks dan keintiman. Anda mungkin kurang melakukan persetubuhan berbanding sewaktu muda, tetapi keintiman dan rasa cinta yang ada terhadap pasangan akan sentiasa kekal.

 

Cari apa yang sesuai untuk anda

Anda mungkin tidak selesa dengan beberapa posisi seksual seperti yang pernah anda lakukan dahulu, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berhenti dari menikmati hubungan seks – dan melepaskan peluang untuk merasakan keintiman bersama pasangan. Perlu diingat bahawa ia bukan hanya mengenai hubungan seksual semata-mata atau cara untuk mengekal hubungan sewaktu anda muda. Kunci pada kehidupan seks yang hebat adalah mengetahui apa yang sesuai untuk anda dan pasangan sekarang. Seks yang dilakukan semakin anda berumur memerlukan beberapa idea yang kreatif. Gunakan idea-idea berikut sebagai inspirasi, tetapi jangan takut untuk menyatakan hasrat atau idea anda sendiri.

Buat eksperimen – Cuba kedudukan seksual yang anda sukakan dan selesa, dengan melakukan sedikit perubahan. Bagi lelaki, jika disfungsi erektil adalah satu masalah, cuba lakukan seks dengan kedudukan pasangan di atas, kerana kekerasan kurang penting pada posisi tersebut. Bagi wanita pula, menggunakan pelincir boleh membantu anda mengatasi masalah kekeringan.

Memperluaskan maksud seks iaitu memeluk, menyentuh lembut, mencium, dan mengurut dengan bernafsu adalah antara cara untuk berkongsi perasaan ghairah. Cuba seks oral atau melancap sebagai pengganti hubungan seksual.

Tukar rutin anda – Perubahan yang mudah dan kreatif boleh meningkatkan kehidupan seks anda. Tukar masa dan hari apabila anda melakukan hubungan seks ke semasa anda mempunyai lebih banyak tenaga. Sebagai contoh, cuba bersikap intim di pagi hari dan bukan pada akhir hari yang panjang dan memenatkan.

Bercumbu sebelum membuat hubungan seks – Ini kerana anda atau pasangan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menjadi terangsang, jadi luang lebih banyak masa untuk mencipta dan menimbulkan rasa ghairah, seperti makan malam romantis atau menari secara perlahan. Atau cuba lakukan sentuhan menggoda dan beri ciuman berahi.

Bergurau senda – Bermesra dan bergurau senda dengan pasangan adalah penting untuk mendapatkan kehidupan seks yang baik apabila semakin berumur. Menggoda atau menggelitik pasangan anda – apa sahaja yang diperlukan untuk merasa senang dengan satu sama lain. Dengan isu-isu yang mungkin anda hadapi secara fizikal atau emosi, bermain dan bergurau mungkin tiket untuk membantu anda menjadi lebih tenang dan selesa.

SUMBER

https://www.womenshealth.northwestern.edu/blog/safe-sex-and-elderly

https://www.webmd.com/healthy-aging/features/safe-sex-for-grown-ups#1

https://www.henryford.com/blog/2017/08/seniors-and-stds-safe-sex-as-you-age

https://www.healthinaging.org/tools-and-tips/safe-sex-older-adults

error: Content is protected !!