Pengenalan
Tizanidine adalah ubat preskripsi yang disediakan sebagai tablet oral dan kapsul oral. Ia juga boleh didapati sebagai ubat jenama Zanaflex. Malah, Tizanidine dapat didapati sebagai ubat generik. Ubat generik biasanya berharga lebih rendah daripada versi yang berjenama. Dalam beberapa kes, ubat-ubatan tersebut mungkin tidak tersedia dalam semua kekuatan atau bentuk seperti ubat jenama.
Kegunaan Tizanidine
Tizanidine digunakan untuk melegakan kekejangan dan peningkatan nada otot disebabkan keadaan “Sklerosis berbilang” atau ‘multiple sclerosis’ (MS), penyakit di mana saraf tidak berfungsi dengan baik dan pesakit mungkin mengalami kelemahan, rasa kaku, kehilangan koordinasi otot dan masalah dengan penglihatan, pertuturan, dan kawalan pundi kencing, strok atau kecederaan otak atau tulang belakang. Tizanidine berada dalam kelas ubat-ubatan yang disebut pelega otot rangka.
Ia berfungsi dengan melambatkan tindakan di otak dan sistem saraf untuk membolehkan otot berehat.
Kesan sampingan Tizanidine
Tizanidine boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu. Beritahu doktor jika anda mengalami gejala yang teruk atau tidak hilang seperti:
- pening
- mengantuk
- kelemahan
- rasa gementar
- kemurungan
- muntah
- sensasi kesemutan di lengan, kaki, tangan dan kaki
- mulut kering
- sembelit
- cirit-birit
- sakit perut
- pedih ulu hati
- peningkatan kekejangan otot
- sakit belakang
- ruam
- berpeluh
Beberapa kesan sampingan ini boleh menjadi serius. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala ini, segera hubungi doktor anda:
- loya
- keletihan yang melampau
- pendarahan atau lebam yang tidak normal
- kurang tenaga
- hilang selera makan
- sakit di bahagian kanan atas perut
- kulit atau mata yang menguning
- gejala seperti selesema yang tidak dapat dijelaskan
- melihat perkara atau mendengar suara yang tidak wujud
- degupan jantung perlahan
- perubahan penglihatan
Tizanidine juga boleh menyebabkan kesan sampingan lain. Hubungi doktor jika anda mempunyai masalah yang tidak biasa semasa mengambil ubat ini.
Interaksi Tizanidine
Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Dokumen ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat Tizanidine. Jadi, pastikan anda menyimpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.
Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuk: ubat tertentu untuk merawat tekanan darah tinggi (alpha agonists seperti clonidine, methyldopa).
Ubat-ubatan lain juga boleh mempengaruhi pengeluaran Tizanidine dari badan anda, yang boleh mempengaruhi bagaimana ia berfungsi. Contohnya termasuk pil kawalan kelahiran, ciprofloxacin, fluvoxamine dan lain-lain.
Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda mengambil produk lain yang dapat menyebabkan rasa mengantuk termasuk alkohol, ganja (kanabis), antihistamin (seperti cetirizine, diphenhydramine), ubat untuk tidur atau kegelisahan (seperti alprazolam, diazepam, zolpidem), relaksan otot lain dan ubat melegakan rasa sakit opioid (seperti codeine).
Kontraindikasi Tizanidine
Anda tidak boleh menggunakan Tizanidine jika anda alah kepadanya, atau jika:
- anda juga mengambil fluvoxamine antidepresan (Luvox)
- anda juga mengambil antibiotik ciprofloxacin (Cipro)
Untuk memastikan ubat ini selamat untuk anda, beritahu doktor jika anda mempunyai:
Tizanidine dan kehamilan
Ianya tidak diketahui sama ada ubat ini akan membahayakan bayi yang belum lahir atau tidak. Justeru itu, beritahu doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil.
Selain itu, ia juga tidak diketahui sama ada Tizanidine boleh meresap masuk ke dalam susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang menyusu. Beritahu doktor jika anda menyusukan bayi anda.
Dos Tizanidine
Tizanidine hadir sebagai tablet dan kapsul untuk diminum. Ia biasanya diambil secara konsisten sama ada dengan atau tanpa makanan dua atau tiga kali sehari. Ikuti arahan pada label preskripsi anda dengan teliti, dan minta doktor atau ahli farmasi anda untuk menjelaskan bahagian yang anda tidak faham. Ambil Tizanidine tepat seperti yang diarahkan. Jangan ambilnya dengan kurang atau lebih kerap daripada yang ditetapkan oleh doktor.
Kapsul Tizanidine boleh dibuka dan ditaburkan pada makanan ringan seperti sos epal. Bercakap dengan doktor sebelum membuka kapsul kerana kesan ubat bagi penggunaan dengan cara ini mungkin berbeza berbanding ketika menelan kapsul secara keseluruhan.
Ubat dalam kapsul diserap secara berbeza oleh tubuh berbanding ubat dalam tablet, jadi satu produk tidak dapat diganti dengan yang lain. Setiap kali anda menambah semula preskripsi anda, perhatikan tablet atau kapsul di dalam botol dan pastikan anda telah menerima produk yang tepat. Sekiranya anda berfikir bahawa anda menerima ubat yang salah, segera berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Doktor mungkin akan bermula dengan dos Tizanidine yang rendah dan secara beransur-ansur meningkatkan dos anda, bergantung kepada tindak balas anda terhadap ubat ini.
Jangan berhenti mengambil Tizanidine tanpa berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. Sekiranya anda tiba-tiba berhenti mengambilnya, jantung anda mungkin berdegup lebih cepat dan anda mungkin mengalami peningkatan tekanan darah atau rasa sesak pada otot anda. Doktor mungkin akan mengurangkan dos anda secara beransur-ansur jika ini berlaku.
SUMBER
https://www.healthline.com/health/tizanidine-oral-tablet#about
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-1024/tizanidine-oral/details