Now Reading
Tranexamic Acid (Pendarahan Banyak Ketika Haid) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi Dan Dos

Tranexamic Acid (Pendarahan Banyak Ketika Haid) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi Dan Dos

Tranexamic Acid

Tranexamic Acid menghalang penguraian fibrin dalam darah iaitu protein yang tak larut dan terbentuk pada pembekuan darah yang berselirat. Apabila penguraian fibrin dihalang, tempoh pembekuan darah dipanjangkan dan pendarahan berterusan berhenti.

2 jenis bentuk dos tranexamix acid ialah suntikan dan kapsul. Serbuk tranexamic acid di dalam kapsul boleh dilarutkan dalam jumlah air tertentu untuk digunakan sebagai kumuran mulut.

Kegunaan

Ubat ini digunakan untuk merawat pendarahan yang banyak ketika haid. Tranexamic acid berfungsi memperlahankan pemecahan darah beku di mana ianya akan membantu menghalang pendarahan berlanjutan. Tranexamic acid ialah kelas ubat dikenali sebagai anti-fibrinolytics.

Tranexamix acid bukannya hormon. Ianya bukan rawatan untuk simptom haid atau sebelum datang bulan. Ianya tidak akan menghentikan haid anda. Ianya bukanlah pil perancang kelahiran dan tidak melindungi seseorang daripada penyakit kelamin.

Cara menggunakannya

Ambil dan guna ubat ini (tablet tranexamic acid) seperti diarahkan oleh doktor anda. Baca semua informasi yang diberikan kepada anda. Ikut semua arahan dengan betul.

  • Makan dengan atau tanpa makanan
  • Telankan pil sepenuhnya. Jangan kunyah, patahkan atau hancurkan
  • Jangan ambil ubat ini (tablet tranexamic acid) lebih lama daripada yang diarahkan oleh doktor anda
  • Jangan ambil jika anda tidak datang bulan

Langkah berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan

Anda tidak sepatutnya mengambil tranexamic acid jika anda rabun warna, jika anda mempunyai masalah pada pembuluh darah pada mata anda atau jika anda pernah mengalami strok, darah beku atau pendarahan pada otak.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda tentang sejarah perubatan terutama sekali:

  • pendarahan pada otak (subarachnoid hemorrhage)
  • sejarah darah beku (seperti pada kaki, paru-paru, otak dan mata)
  • penyakit jantung tertentu (dengupan jantung yang tak sekata, masalah pada injap jantung)
  • masalah pembekuan darah
  • masalah buah pinggang (termasuklah darah dalam air kencing)
  • darah haid yang tidak teratur tanpa sebab yang diketahui

Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi anda tentang semua ubat yang digunakan (termasuklah ubat yang dipreskripkan, ubat bukan preskrip dan produk herba).

Ubat ini selalunya digunakan ketika anda datang haid atau datang bulan. Jadi, ianya tidak sepatutnya digunakan ketika mengandung. Ketika mengandung, ubat ini hanya boleh digunakan apabila betul – betul diperlukan. Bincang risiko dan kebaikan ubat ini bersama doktor anda.

Ubat ini boleh mempengaruhi susu ibu, dapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum anda menyusu badan.

Kesan Sampingan

Tranexamic acid mungkin menyebabkan kesan sampingan. Beritahu doktor anda jika sebarang simptom adalah serius atau tidak hilang :

  • Pening kepala
  • Kepenatan
  • Sakit resdung
  • Sakit belakang
  • Perut sakit
  • Sakit pada tulang, sendi atau otot

Sesetengah kesan sampingan mungkin adalah serius. Jika anda mengalami sebarang simptom, berhenti daripada mengambil tranexamic acid dan hubungi doktor anda dengan segera atau dapatkan rawatan perubatan kecemasan:

  • Gegata
  • Ruam
  • Gatal – gatal
  • Sukar untuk bernafas atau menelan
  • Bengkak pada muka, tekak, lidah, bibir, mata, tangan, kaki, buku lali dan kaki
  • Suara menjadi garau atau serak
  • Perubahan pada penglihatan, termasuklah penglihatan warna
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Sakit kaki, bengkak, keras, kemerahan atau terasa panas

Tranexamic acid mungkin disebabkan oleh kesan sampingan lain. Hubungi doktor anda jika anda mengalami apa – apa masalah yang tidak biasa berlaku ketika mengambil ubat ini.

Kontraindikasi

Tranexamic acid tidak boleh digunakan jika :

  • pesakit mempunyai sejarah reaksi alergi
  • penyakit thromboembolic
  • masalah penglihatan
  • wanita yang mengalami haid yang tidak teratur
  • individu yang menghidap pendarahan otak
  • pendarahan pada air kencing atau pendarahan disebabkan oleh masalah buah pinggang
  • wanita hamil
  • individu yang menggunakan kombinasi estrogen dan pil perancang progesterone

Selain daripada itu, individu yang mengalami masalah darah beku atau keadaan yang meningkatkan risiko darah beku contohnya pesakit yang mempunyai masalah injap jantung atau ritma tidak sepatutnya menggunakan ubat ini juga.

Interaksi

Interaksi ubat mungkin mengubah bagaimana ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang serius. Artikle ini tidak mempunyai kesemua interaksi ubat.

Simpan semua senarai produk ubat yang anda gunakan (termasuklah ubat yang di preskripsi atau bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan ia dengan doktor dan ahli farmasi anda. 

Jangan mulakan, hentikan atau ubat dos mana-mana ubat anda tanpa kebenaran daripada doktor.

Sesetengah ubat mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuklah:

  • ‘blood thinner’ (anticoagulant seperti warfarin, heparin)
  • ubat yang menghalang pendarahan (termasuklah factor IX complex, anti-inhibitor coagulant concentrates)
  • estrogen
  • pil perancang hormon (seperti pil, tampalan, gegelung)
  • tibolone
  • tretinoin.

Periksa semua label ubat preskripsi dan bukan preskripsi dengan berhati – hati memandangkan kebanyakan ubat mengandungi ubat tahan sakit atau penurun demam (NSAID seperti aspirin, ibuprofen, naproxen) yang mungkin meningkatkan risiko pendarahan.

Aspirin dos rendah sepatutnya diteruskan jika dipreskripsikan oleh doktor anda untuk sebab perubatan tertentu seperti serangan jantung atau penghalang strok (selalunya pada dos 81 – 325 mg sehari). Bincangkan dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dapatkan informasi yang lebih lanjut.

Dos

Ubat ini haruslah diambil dengan menelannya dengan atau tanpa makanan seperti yang diarahkan oleh doktor anda, selalunya 2 tablet 3 kali sehari (pagi, tengah hari, malam). 

Jangan hancurkan atau kunyah. Tunggu sehingga anda datang bulan atau haid anda bermula sebelum mengambil dos pertama. Jangan ambil tranexamic acid lebih daripada 5 hari secara berterusan.

Dos ialah berdasarkan keadaan perubatan anda dan respons serta tindak balas anda terhadap rawatan. Jangan ambil lebih daripada 3 dos (6 tablet) dalam masa 24 jam.

SUMBER

https://www.myhealth.gov.my/en/tranexamic-acid

https://medlineplus.gov/druginfo/meds/a612021.html

https://www.drugs.com/mtm/tranexamic-acid.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-32677-1331/tranexamic-acid-oral/tranexamic-acid-650-milligram-tablet-oral/details

error: Content is protected !!