Tropical sprue berlaku disebabkan oleh keradangan usus. Pembengkakan ini menjadikan anda lebih sukar untuk menyerap nutrien daripada makanan.
Ini juga dipanggil malserapan (resapan nutrien yang tidak mencukupi). Keadaan ini menjadikannya sukar menyerap asid folik dan vitamin B12.Sekiranya anda mengalami masalah resapan nutrien yang tidak mencukupi, anda tidak mendapat vitamin dan nutrien secukupnya daripada makanan anda.
Malah, ia boleh menyebabkan beberapa simptom yang berbeza. Tubuh anda memerlukan vitamin dan nutrien untuk berfungsi dengan baik.
Simptom Tropical sprue
Simptom bagi keadaan ini boleh merangkumi salah satu daripada yang berikut:
- kekejangan perut
- cirit-birit, yang mungkin bertambah buruk semasa diet tinggi lemak
- gas berlebihan
- senak perut
- cepat rasa marah
- kekejangan otot
- kebas
- pucat
- berat menurun
Banyak keadaan lain mempunyai simptom yang serupa. Ini termasuklah:
- giardiasis
- Penyakit Crohn
- kolitis ulseratif
- sindrom iritasi usus
Keadaan lain yang lebih jarang berlaku ialah kolangitis sclerosing primer dan gastritis erosif kronik.
Punca Tropical sprue
Tropical sprue jarang berlaku kecuali jika anda tinggal di atau mengunjungi kawasan tropika. Secara khusus, ia biasanya berlaku di kawasan tropika:
- Caribbean
- India
- Afrika Selatan
- Asia Tenggara
Penyelidik percaya bahawa keadaan ini terjadi disebabkanpembiakan bakteria yang berlebihan pada usus anda. Bakteria tertentu yang menyebabkan tropical sprue masih tidak diketahui.
Diagnosis Tropical sprue
Doktor anda akan menjalankan beberapa siri ujian untuk mengesahkan keadaan ini.Sekiranya doktor anda tidak dapat mencari punca simptom anda, dan anda tinggal atau pernah mengunjungi kawasan tropika, mereka mungkin menganggap anda menghidapi penyakit tropical sprue.
Salah satu cara untuk mendiagnosisnya adalah dengan mencari tanda-tanda kekurangan nutrien yang menjadi punca. Ujian kerosakan disebabkan oleh penyerapan tidak termasuk:
- ujian ketumpatan tulang
- kiraan lengkap darah
- tahap folat
- tahap vitamin B12
- tahap vitamin D
Doktor anda juga mungkin menggunakan enteroskopi untuk mengesahkan diagnosis anda. Semasa ujian ini, tiub nipis akan melalui mulut masuk ke dalam saluran gastrousus anda. Ini membolehkan doktor melihat sebarang perubahan pada usus kecil.
Rawatan Tropical sprue
- Antibiotik
Tropical sprue boleh dirawat dengan antibiotik. Ia membunuh pembiakan bakteria yang mengakibatkan keadaan ini. Antibiotik boleh diberikan untuk jangka masa dua minggu atau satu tahun.
Tetrasiklin adalah antibiotik yang paling biasa digunakan untuk merawat penyakit tropical sprue. Ia boleh didapati secara meluas, murah, dan terbukti berkesan. Antibiotik spektrum lain juga boleh dipreskripkan, termasuklah:
- sulfamethoxazole dan trimethoprim (Bactrim)
- oxytetracycline
- ampisilin
Tetrasiklin biasanya tidak dipreskripkan pada kanak-kanak sehingga mereka mempunyai gigi kekal. Ini kerana tetrasiklin dapat mengubah warna gigi yang masih terbentuk.
Kanak-kanak akan memperoleh antibiotik yang berbeza. Dosnya akan berbeza-beza bergantung pada simptom dan tindak balas anda terhadap rawatan.
- Merawat Malserapan
Selain membunuh bakteria yang menyebabkan keadaan ini, anda juga perlu dirawat untuk masalah malserapan.
Doktor anda akan menetapkan terapi untuk menggantikan vitamin, nutrien, dan elektrolit yang kurang dalam badan anda.
Jenis suplemen perlu terus diambil sebaik sahaja anda didiagnosiskan. Anda mungkin diberi:
- cecair dan elektrolit
- zat besi
- asid folik
- vitamin B12
Asid folik harus diambil sekurang-kurangnya tiga bulan. Anda mungkin bertambah baik dengan cepat dan segera selepas dos besar asid folik yang pertama.
Asid folik mungkin cukup untuk merawat simptom dengan sendirinya.
Vitamin B12 disyorkan jika tahap anda rendah atau simptom berterusan selama lebih daripada empat bulan. Doktor anda juga boleh menetapkan ubat anti cirit birit untuk mengawal simptom.
SUMBER
https://www.webmd.com/drugs/2/condition-13604/tropical+sprue
https://www.healthline.com/health/tropical-sprue
https://www.medicalnewstoday.com/articles/322467