Jangan bergerak, kami polis! Tolong beri kerjasama! Itulah ayat atau istilah yang selalu kita dengar apabila pihak polis menjalankan tugas mereka. Artikel ini akan mengupas bidang tugas polis dan skop kerjanya di negara kita yang tercinta ini.
Kerjaya polis adalah salah satu bidang yang diminati oleh anak muda. Kalau diperingkat sekolah terdapat unit beruniform yang dipanggil kadet polis. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar skop kerja kepolisan sejak dibangku sekolah lagi. Singkatan yang selalu kita dengar Polis Diraja Malaysia atau PDRM yang menggambarkan badan beruniform polis di Malaysia ini.
Terdapat hampir 115000 jumlah anggota polis yang ada diseluruh Malaysia. Bendera dan insignia polis berlatarbelakangkan warna biru yang menggambarkan rakyat jelata, lambangnya berwarna perak atau putih yang terdiri daripada sebilah keris dan parang kelewang yang bersilang. Tanpa membuang masa lagi jom kita lihat bidang tugas polis, kuasa dan skop kerjanya pada hari ini.
Tugas Dan Skop Kerja Polis
1) Memberi bantuan dalam melaksanakan undang-undang
2) Menjalankan pendakwaan
3) Menangkap mana-mana individu yang melakukan jenayah
4) Mengekalkan ketenteraman negara
5) Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah, memenjara dan lain-lain dengan sah yang diarahkan pihak berkuasa kompeten
6) Membuat risikan
7) Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak
8) Menghadiri mahkamah jenayah, sivil dan menjaga ketenteraman di dalamnya
9) Mengiring pembesar atau pemimpin negara
10) Pada seksyen 21 akta polis menggariskan untuk mengatur, menjaga ketenteraman dan mencegah halangan jalanraya
11) Menyita binatang yang berkeliaran dan menempatkan dalam kandang awam
12) Mempamerkan maklumat
13) Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta
14) Menguatkuasakan undang-undang perjudian, maksiat dan kongsi gelap
15) Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
16) Dan lain-lain fungsi berdasarkan bahagian atau cawangan polis
Senarai Pangkat Polis Malaysia PDRM
Seperti yang kita tahu tugas polis adalah untuk menjaga keamanan negara seperti menjalankan pendakwaan, memproses risikan keselamatan dan lain-lain lagi mengikut tugas masing-masing.
Pegawai terbahagi kepada Pemerintah Tertinggi PDRM dan Pegawai Kanan Polis yang bermula dari Inspektor ke Inspektor Jeneral Polis. Manakala Pegawai rendah pula adalah seperti pangkat Pegawai Rendah dan juga Konstabel.
Berikut ialah senarai pangkat polis Malaysia PDRM :
Pegawai-Pegawai Kanan Polis
- Inspektor Jeneral Polis (IG)
- Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
- Komisioner Polis (CP)
- Deputi Komisioner Polis (DCP)
- Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
- Asisten Komisioner Polis (ACP)
- Superintenden Polis (SUPT.)
- Deputi Superintenden Polis (DSP)
- Asistan Superintenden Polis (ASP)
- Inspektor (INSP)
- Inspektor Percubaan (P/I)
Pegawai Rendah Polis
- Sub-Inspektor (SI)
- Sarjan Mejar (SM)
- Sarjan (SJN)
- Koperal (KPL)
- Lans Koperal (L/KPL)
- Konstabel (KONST)
Cara Memohon Jawatan Kosong Polis 2021 Secara Online Untuk Jawatan Konstabel / Sarjan / Inspektor
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Jawatan Kosong Polis 2021: Online Konstabel / Sarjan / Inspektor yang merangkumi pautan untuk membuat permohonan, jawatan kosong terkini yang diiklankan serta maklumat-maklumat penting yang lain.
Perhatian kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan jawatan Konstable Polis Gred YA1 (Lelaki Sahaja).
Sama seperti permohonan sebelum ini, mereka yang berminat boleh memohon melalui laman web e-Pengambilan PDRM. Pemohon boleh merujuk syarat kelayakan di laman tersebut pada bahagian Skim Perkhidmatan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial ig dan fb unit pengambilan PDRM.
Semua warganegara malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki & Wanita melalui laman web e-pengambilan PDRM di mana pemohon juga boleh merujuk syarat kelayakan dan klik di ‘skim jawatan’ untuk maklumat lanjut.
Pengambilan Khas Bukan Bumiputera
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din telah mengumumkan kelonggaran syarat bagi calon bukan bumiputera dan orang asli untuk memohon jawatan Konstabel PDRM. Rakyat Malaysia bukan Bumiputera yang layak boleh mengisi jawatan konstabel polis tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Syarat ini dilonggarkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia bukan bumiputera menyertai PDRM. Walau bagaimanapun, calon yang terpilih perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu peringkat SPM dalam tempoh enam tahun berkhidmat dan perlu lulus dengan kepujian. Sekiranya gagal, calon akan ditamatkan perkhidmatannya.
Antara syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan adalah:
- Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh permohonan
- Lulus SPM (memiliki satu kepujian untuk mana-mana subjek SPM dan lulus empat mata pelajaran lain atau lulus Sijil Vokasional Malaysia.)
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sentimeter (lelaki) dan 157 sentimeter (wanita)
- Berat badan sejurang-kurangnya 50 kilogram (lelaki) dan 48 kilogram (wanita)
- Mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) antara julat 19 hingga 26
Permohonan boleh dibuat melalui Portal epengambilan PDRM dan pemohon akan dipanggil ke sesi temu duga yang akan diadakan di bandar besar seluruh negara.
Pemohon yang pernah membuat permohonan sebelum ini perlu membuat permohonan baru dan keutamaan diberikan kepada pemohon yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa ibunda lain-lain.
Bagi memastikan permohonan anda disemak dan dinilai sebaiknya oleh majikan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan menggunakan maklumat yang terkini anda boleh rujuk di Panduan Permohonan Lengkap Jawatan Kosong Kerajaan.
Sumber:
1) https://carikerja11.blogspot.com/2019/09/bidang-tugas-polis-dan-skop-kerjanya.html