Now Reading
Tularemia – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Tularemia – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

tularemia

Tularemia adalah penyakit berjangkit yang jarang berlaku dan menyerang kulit, paru-paru, mata dan nodus limfa. Kadangkala, ia dipanggil sebagai ‘rabbit fever’ atau ‘deer fly fever’. Seterusnya, tularemia berlaku kerana bakteria yang dipanggil Francisella tularensis.

Penyakit ini memberi kesan kepada mamalia terutamanya seperti tikus, arnab dan harimau. Namun, ia juga boleh menjangkiti burung, biri-biri dan haiwan peliharaan seperti anjing, kucing dan hamster.

Seterusnya, keadaan ini merebak kepada manusia melalui beberapa cara, termasuklah gigitan serangga dan pendedahan langsung kepada haiwan yang dijangkiti. Ia boleh menular dan berpotensi membawa maut. Namun begitu, ia boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik jika didiagnosis lebih awal.

SimptomTularemia

Sekiranya anda jatuh sakit selepas terdedah kepada bakteria Francisella tularensis, anda mungkin akan mengalami gejala dalam tempoh 3 hingga 5 hari. Namun, ia juga boleh mengambil masa sehingga 2 minggu. Terdapat pelbagai jenis tularemia gejala yang tersendiri.

Tularemia ulseroglandular adalah jenis yang paling biasa. Gejala boleh merangkumi:

  • Ulser pada kulit yang biasanya disebabkan oleh gigitan haiwan atau serangga yang dijangkiti.
  • Kelenjar limfa yang menyakitkan dan bengkak.
  • Demam.
  • Menggigil.
  • Sakit kepala.
  • Keletihan.

Tularemia obatogularular pula menjejaskan bahagian mata. Gejala boleh merangkumi:

  • Sakit, bengkak atau rembesan di mata.
  • Kemerahan di mata.
  • Sensitif terhadap cahaya.
  • Ulser yang terbentuk dalam kelopak mata.
  • Kelenjar limfa lembut di sekitar telinga, leher dan rahang.

Tularemia oropharyngeal menjejaskan mulut, tekak dan sistem pencernaan. Ini adalah bentuk penyakit sering terjadi kerana memakan daging binatang liar yang tidak masak atau mengambil air minuman yang tercemar. Gejala boleh merangkumi:

  • Sakit tekak.
  • Muntah.
  • Cirit-birit.
  • Tonsil atau nodus limfa di leher.
  • Ulser di dalam mulut.
  • Demam.

Tularemia pneumonik seterusnya boleh menyebabkan gejala yang sering dikaitkan dengan pneumonia, termasuklah:

  • Masalah pernafasan.
  • Sakit di dada.
  • Batuk kering.

Tularemia typhoid adalah bentuk penyakit ini yang jarang berlaku, namun ia adalah kes yang sangat serius. Gejala boleh merangkumi:

  • Limpa atau hati yang membesar.
  • Cirit-birit dan muntah.
  • Keletihan yang teruk.
  • Demam yang semakin memburuk.

Punca Tularemia

Individu boleh menjadi sakit dengan keadaan ini, namun ia bukanlah penyakit yang secara semula jadi berlaku pada manusia. Ia biasanya memberi kesan terhadap arnab dan haiwan lain termasuk tikus, kambing biri-biri dan burung. Haiwan peliharaan di rumah seperti anjing dan kucing juga berisiko mendapat tularemia.

Berikut adalah beberapa cara individu boleh mendapatkannya:

  • Gigitan serangga, terutamanya daripada ‘deer fly’ atau kutu.
  • Bersentuhan dengan kulit, rambut, atau daging binatang yang dijangkiti.
  • Mengambil air atau makanan yang tercemar, seperti daging yang tidak masak.
  • Bernafas dalam persekitaran bakteria yang muncul dari tanah semasa aktiviti seperti pembinaan atau berkebun.

Ia juga mungkin boleh dijangkiti jika anda terdedah kepada bakteria di dalam makmal, atau dalam keadaan yang berpotensi, seperti bioterorisme.

Di samping itu, keadaan ini juga boleh berlaku di mana-mana sahaja, tetapi lebih biasa terjadi di kawasan luar bandar di mana haiwan lebih cenderung dijangkiti bakteria. Ia boleh hidup dalam tanah, air dan bangkai haiwan selama berminggu-minggu. Justeru itulah, ia boleh menyebabkan jangkitan melalui cara yang berbeza-beza.

Bagaimana anda dijangkiti penyakit ini boleh mempengaruhi jenis gejala yang anda miliki dan betapa parahnya simptom itu. Tetapi, jika anda terdedah kepada bakteria, itu tidak bermakna anda akan sakit secara pasti dengan penyakit ini.

Diagnosis Tularemia

Memandangkan ia jarang berlaku dan berkongsi gejala yang sama dengan penyakit lain, tularemia mungkin sukar didiagnosis. Doktor boleh memeriksa kehadiran bakteria F. tularensis dalam sampel darah atau sputum yang dikulturkan untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Kadangkala tularemia boleh dikenalpasti berdasarkan antibodi kepada bakteria dalam sampel darah. Tetapi, ia hanya berkembang beberapa minggu selepas anda terkena jangkitan. Di samping itu, anda juga mungkin perlu menjalani ujian X-ray dada untuk mencari tanda keradangan paru-paru.

Faktor Risiko Tularemia

Walaupun sesiapa sahaja yang boleh mendapat tularemia, anda akan lebih berisiko jika terlibat dalam pekerjaan, aktiviti atau tinggal di kawasan tertentu.

Menginap atau melawat kawasan tertentu

Tularemia banyak dilaporkan di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Jepun dan Eropah. Di Amerika Syarikat, ia paling banyak terjadi di negara-negara selatan-tengah, Utara-selatan pasifik dan sebahagian Massachusetts, termasuk Martha’s Vineyard.

Mempunyai hobi atau pekerjaan tertentu

Berikut boleh meningkatkan risiko anda mendapat tularemia:

  • Memburu dan menangkap haiwan. Memandangkan pemburu terdedah kepada darah haiwan liar dan mungkin terus memakan daging buruan itu, mereka lebih berisiko untuk mendapat tularemia.
  • Berkebun atau membuat landskap. Tukang kebun dan tukang landskap juga mungkin mempunyai risiko mendaat tularemia. Ada kemungkinan bahawa tukang kebun menghirup bakteria yang ada semasa mengerjakan tanah atau ketika menggunakan pemotong rumput serta perapi rumput.
  • Bekerja dalam pengurusan hidupan liar atau perubatan veterinar. Individu yang bekerja dengan hidupan liar mempunyai risiko tularemia yang lebih tinggi.

Rawatan Tularemia

Tularemia boleh dirawat secara berkesan dengan penggunaan antibiotik seperti streptomycin atau gentamicin yang diberikan melalui suntikan terus ke dalam otot atau urat. Doktor juga mungkin menetapkan antibiotik oral seperti doxycycline (Oracea, Vibramycin, lain-lain) dan sebaliknya bergantung kepada jenis tularemia yang dirawat.

Anda juga akan menerima terapi bagi komplikasi lain seperti meningitis atau keradangan paru-paru. Secara umumnya, anda seharusnya kebal terhadap tularemia selepas pulih daripada penyakit ini, namun sesetengah orang mungkin mengalami kejadian berulang atau reinfeksi.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tularemia/symptoms-causes/syc-20378635

https://www.cdc.gov/tularemia/signssymptoms/index.html

https://www.healthline.com/health/tularemia

error: Content is protected !!