Now Reading
Ubat darah tinggi

Ubat darah tinggi

Ubat darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi adalah keadaan yang berlaku apabila kekuatan darah ke dinding arteri adalah cukup kuat sehingga boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung jika tidak dirawat dengan ubat darah tinggi atau rawatan lain. Menurut laman web KKM, hipertensi ini adalah faktor utama bagi penyakit berkaitan saluran darah yang terdapat pada jantung, otak dan buah pinggang.

Malah, 16.09% kes kematian di hospital menurut statistik KKM adalah disebabkan penyakit jantung dan peredaran darah manakala 8.43% pula melibatkan penyakit saluran darah pada otak.

Walaupun masalah tekanan darah tinggi ini boleh dirawat, namun pengesanan awal boleh mengelakkan individu daripada mengalami komplikasi disebabkannya. Selain rawatan seperti menukar gaya hidup, mengekalkan berat yang sihat dan bermacam lagi, ada juga individu yang harus mengambil ubat untuk mengekalkan tekanan darah mereka dalam tahap yang baik.

Namun, tahukah anda bahawa ubat darah tinggi juga memiliki jenis-jenisnya yang tertentu?

Jom ketahui dengan lebih lanjut di bawah.

Jenis-jenis ubat darah tinggi

Kebanyakan ubat darah tinggi atau juga dikenali sebagai ‘antiypertensives’ tersedia sebagai ubat preskripsi untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Setiap jenisnya mengandungi kandungan ubat yang berbeza berdasarkan kelas tertentu.

Contoh-contoh kumpulan ubat ini adalah seperti:

Kumpulan ubatContoh ubatInfo ubat
Angiotensin Converting Enzyme (AZE) Inhibitor– Captopril
– Perindopril
– Enalapril
– Bertindak merencatkan enzim ACE yang meningkatkan tekanan darah
– Memberikan perlindungan terhadap buah pinggang
Angiotensin Receptor Blocker (ARB)– Losartan
– Irbesartan
– Telmisartan
– Bertindak menyekat reseptor angiotensin, sejenis hormon yang meningkatkan tekanan darah
– Memberikan perlindungan kepada buah pinggang
Calcium channel blocker (CCB)– Dihydropyridine (Amlodipine, Felodipine)
– Bukan dihydropyridine (Verapamil, Diltiazem)
– Mengurangkan denyutan jantung
– Mengembangkan diameter saluran darah
Beta blocker– Metoprolol, Bisoprolol, Atenolol, Labetalol– Menyekat reseptor beta
– Mengurangkan kadar denyutan jantung
– Menghalang pengecutan saluran darah
Alpha blocker– Prazosin, Terazosin– Menyekat reseptor alpha
– Mengurangkan tekanan darah tinggi
Diuretic– Loop diuretic (Frusemideii, Thiazide diuretic)
– Potassium-sparing diuretic (Amiloride, Spinolactone)
– Menyingkirkan air berlebihan daripada peredaran darah melalui air kencing

Pastikan anda berwaspada dengan produk ubat darah tinggi yang ditarik balik ini. Berdasarkan artikel di laman web Berita Harian, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sudah menggantung pendaftaran 7 produk ubat-ubatan yang dikesan mengandungi losartan.

Ini termasuklah:

  • Losagen 50 (Losartan Potassium Tablets 50mg)
  • Losagen 100 (Losartan Potassium Tablets 100mg)
  • Losartas 50mg tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg)
  • Losartas 100mgc tablets (Losartan Potassium Tablets 100mg)
  • Tozaar plus LS 50/12.5mg tablet (Losartan Potassium/ Hydrochlorothiazide)
  • Tozaar 50mg tablet (Losartan Potassium Tablets 50mg)
  • Tozaar tablets 100mg (Losartan Potassium Tablets 100mg)

Adakah ubat darah tinggi selamat untuk diambil ketika hamil?

Beberapa ubatan ini sememangnya tidak boleh diambil ketika kehamilan kerana boleh membahayakan si ibu dan bayinya yang sedang berkembang. Ini termasuklah ‘ACE inhibitors’ dan ‘angiotensin II receptor blockers’. Malah, ‘reserpine’ juga boleh membahayakan dan hanya boleh diambil sekiranya tiada alternatif ubat lain.

Ubat-ubatan yang selamat digunakan adalah seperti ‘methydopa’ dan beberapa ‘diuretic’ dan ‘beta-blockers’ yang berpotensi.

Apakah kesan sampingan umum bagi ubat darah tinggi?

Walaupun kebanyakan ubat mudah untuk diambil, tetapi sama seperti ubat-ubatan lain, ia juga mempunyai kesan sampingan tersendiri. Namun, kebanyakannya adalah tidak serius dan boleh sembuh dengan sendirinya.

Beberapa kesan sampingan biasa adalah seperti:

  • Batuk
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Pening atau sakit kepala
  • Masalah ereksi
  • Rasa gementar
  • Badan menjadi lemah, mual dan kekurangan tenaga
  • Muntah
  • Keradangan kulit
  • Penurunan berat badan tanpa sebab

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan sebegini selepas mengambil ubatan tertentu, pastikan anda memaklumkannya pada doktor agar perubahan dos atau ubat boleh dibuat selepas itu. Serta, pastikan anda tidak mengubah dos atau berhenti mengambilnya dengan sendiri tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/symptoms-causes/syc-20373410

https://www.myhealth.gov.my/ubat-ubatan-untuk-rawatan-hipertensi-tekanan-darah-tinggi/

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/546844/tujuh-produk-ubat-darah-tinggi-ditarik-balik

https://www.rxlist.com/high_blood_pressure_hypertension_medications/drug-class.htm

https://medlineplus.gov/ency/article/007484.htm

Panduan Pengambilan Ubat Darah Tinggi – Khairul Naim bin Zainal Abidin

error: Content is protected !!