Now Reading
6 Ubat Kurap Yang Anda Patut Dapatkan Di Farmasi

6 Ubat Kurap Yang Anda Patut Dapatkan Di Farmasi

Ubat kurap yang anda patut dapatkan di pasaran

Mereka yang pernah mengalami kurap sebelum ini pastinya tahu betapa susahnya untuk menghilangkan kesan tersebut pada kulit. Selain daripada menjangkiti kulit, tahukah anda bahawa kulat yang menjadi punca bagi masalah kurap juga boleh memberikan kesan pada kuku dan rambut kita?

Selain rawatan di rumah yang menggunakan bahan semula jadi seperti bawang putih, daun lidah buaya dan minyak kelapa, keadaan kurap juga boleh dirawat dengan penggunaan ubat kurap seperti ubat sapu anti-kulat atau ubat sapu campuran yang boleh didapati di farmasi.

Perbezaan antara kedua-dua jenis ubat adalah ubat sapu anti-kulat adalah ubat bagi kategori anti-kulat yang mana ia merencatkan proses tumbesaran sel kulat manakala ubat sapu campuran pula boleh merawat kurap yang sudah menjadi seperti bengkak. Ia mempunyai campuran anti-kulat bersama steroid.

Jom lihat antara produk yang boleh membantu merawat masalah kurap seperti di bawah.

1. Hurix’s Ubat Kurap Gatal-Gatal Kulit

Produk ini membantu merawat jangkitan kulat pada kulit seperti kurap. Malah, ia juga boleh merawat masalah kulit lain seperti ekzema, psoriasis, ‘tinea pedis’ dan ‘tinea corporis’. Ia hanya perlu disapu dengan lembut pada kawasan kulit terjejas sebanyak 3 hingga 4 kali sehari selepas bahagian kulit itu dibersihkan dengan baik.

2. Candid-B Cream

Dengan gabungan anti-kulat dan steroid, ubat ini sesuai digunakan untuk merawat masalah kurap. Namun, berhati-hati kerana kandungan steroid mungkin tidak sesuai dengan segelintir individu. Oleh itu, ubat ini biasanya perlu dipreskripsi terlebih dahulu sebelum anda boleh mendapatkannya di farmasi.

3. Zarin Cream

Ini adalah ubat yang bukan sahaja boleh digunakan untuk merawat masalah kurap, malah ia juga berfungsi bagi beberapa masalah lain seperti ‘Athlete’s foot’, tinea, jangkitan cacing dan jangkitan faraj yang berlaku kerana kulat. Pastikan ia disapu pada kulit yang terkesan semasa ia dalam keadaan kering dan boleh digunakan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari selama 2 hingga 4 minggu bagi mendapatkan kesan terbaik.

4. Dermoplex Antifungal Cream

Dengan kandungan aktif Tolnaftate, ubat ini terbukti dapat membantu merawat masalah kurap dan masalah jangkitan kulit lain disebabkan kulat. Ini juga adalah ubat krim yang harus digunakan pada permukaan kulit kering sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.

5. Ubat kurap Tolnaftate

Sama seperti namanya, ubat ini mengandungi kandungan aktif Tolnaftate yang membantu merawat masalah kurap, kulat air, panau dan jangkitan kulat pada bahagian badan.

6. Ubat kurap semburan Cap Kaki Tiga

Ubat ini mungkin sedikit berbeza dengan ubatan lain kerana ia adalah jenis semburan. Namun, fungsinya adalah sama iaitu untuk merawat jangkitan kulit seperti kurap, kulat air pada kak, kurap pada celah kelengkang serta panau juga. Ia juga ada didatangkan dalam bentuk krim sekiranya ia lebih disukai oleh pengguna.

SUMBER

https://www.myhealth.gov.my/tinea-corporis/

https://my.theasianparent.com/nanas-goreng

error: Content is protected !!