Now Reading
Ubat Malaria ‘Chloroquine’ Digunakan Untuk Merawat Pesakit COVID-19 Sejak Gelombang Pertama – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Ubat Malaria ‘Chloroquine’ Digunakan Untuk Merawat Pesakit COVID-19 Sejak Gelombang Pertama – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

ubat malaria 'chloroquine' digunakan untuk merawat pesakit covid-19

PUTRAJAYA, 29 Mac – Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ubat MalariaChloroquine, iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk Malaria, telah digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 sejak gelombang pertama penularan wabak tersebut di Malaysia dan ia telah pun menunjukkan keberkesanannya.

Beliau berkata, ciri antiradang dalam ubat itu berkesan merawat COVID-19 yang menyebabkan keradangan dalam saluran pernafasan bawah.

Apabila virus COVID-19 melekat di saluran pernafasan bawah, ia menyebabkan keradangan dan menghasilkan replika virus tersebut, dan ubat ini membantu merawat keradangan.

Selain Chloroquine, kombinasi Lopinavir, Ritonavir dan Hydroxychlroroquine turut digunakan oleh pihak KKM sejak gelombang pertama penularan wabak COVID-19.

Ubat-ubatan yang digunakan semasa gelombang pertama jangkitan itu menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam merawat COVID-19, bagaimanapun, penyelidikan lanjut masih perlu dilakukan untuk mengesahkannya.

Beliau menjelaskan bahawa angka kematian akibat virus itu telah meningkat kerana kebanyakan pesakit adalah dari golongan warga emas, mempunyai keadaan kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang, atau mereka yang mendapatkan rawatan pada peringkat lanjut atau setelah mengalami kesukaran bernafas.

Pihak KKM telah mencuba ubat-ubatan tersebut di samping menjalankan kajian gabungan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang digelar ‘Percubaan Solidariti’ (Solidarity Trial) yang juga melibatkan negara-negara lain.

Beliau menegaskan lagi, selain penggunaan ubat-ubatan tersebut, kajian yang dijalankan turut memberi tumpuan untuk menkaji ubat terkini, iaitu Remdesivir yang baru sahaja diumumkan semalam.

SUMBER:

https://www.france24.com/en/20200330-us-fda-gives-emergency-approval-of-anti-malaria-drugs-chloroquine-hydroxychloroquine-for-coronavirus

https://www.bbc.com/news/51980731

error: Content is protected !!