Tahniah kepada adik adik pelajar yang telah diterima masuk ke universiti yang terbesar di Malaysia yang mempunyai jumlah penuntut yang teramai.
Malah uitm telah diangkat antara universiti terbaik di Malaysia. Universiti teknologi mara uitm berada sebaris dan duduk sama tinggi dengan universiti awam yang tersohor dan terulang di Malaysia
Tidak kira anda pelajar cawangan kedah, Negeri Sembilan, Melaka, sabah, Sarawak, Perlis, Pulau pinang, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan semuanya guna sistem portal yang disediakan universiti ini.
Ramai kalangan pelajar dalam menggunakan sistem online yang dibangunkan oleh universiti ini dalam kehidupan pengajian mereka selama beberapa tahun di sana.
Uitm Student Portal Login
1) Anda boleh akses sekarang uitm student portal login simsweb melalui pautan Portal Rasmi Universiti Teknologi Mara ini, simsweb.uitm.edu.my
2) Masukkan nombor kad pelajar anda untuk “Student ID” dan password anda
3) Jikalau anda first time student portal uitm login ataupun terlupa kata laluan atau password klik pautan ini (RECOVER PASSWORD). Anda akan menerima email notifikasi seperti di sini
Antaranya yang perkhidmatan laman web yang seringkali diakses oleh kalangan pelajar di sepanjang tempoh pengajian ialah :
- login masuk akaun i-Learn
- konvokesyen
- yuran
- eqps
- ined
- icress
- uitm timetable generator shah alam
- digital campus
- daftar subjek
- bursary info bayaran
- dan lain-lain lagi selain akses
10 Perkara Yang Hanya Student UiTM Akan Faham.
1. Yuran pengajian lebih murah daripada universiti lain
Perkara yang paling utama dan terbaik buat pelajar-pelajar UiTM ialah yuran semester sebab jauh lebih murah berbanding universiti-universiti lain di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Ini fakta yang tak boleh nak dinafikan sebab hanya semester pertama saja mereka perlu membayar RM700 lebih. Bagi semester kedua dan seterusnya, pelajar UiTM hanya perlu membayar dari RM400 lebih hingga RM500 sahaja.
2. Duit ptptn yang sangat mencukupi untuk hidup tanpa bantuan ibubapa.
Disebabkan yuran pengajian di UiTM teramatlah murah, maka baki duit ptptn selepas menjelaskan yuran sangat banyak walaupun jumlah yang dipinjam untuk sesuatu program di UiTM jauh lebih sedikit berbanding universiti-universiti di Malaysia. Tapi kalau tak pandai nak mengurus duit yang ada, biarkan diri anda dinodai Instashop dan sebagainya, pasti sekejap je dah habis.
3. Cuti semester lebih lambat berbanding universiti lain
Satu perkara yang unik pasal UiTM ialah cuti semester. Cuti semester di UiTM lebih lambat berbanding universiti-universiti awam lain di Malaysia. Di hujung semester nanti, timeline di twitter dan Facebook pelajar-pelajar akan menjadi sedih disebabkan rakan-rakan mereka dari universiti lain sudah mula bercuti tetapi mereka masih berjuang di kampus untuk menghadapi peperiksaan akhir.
4. Minggu Destini Siswa (MDS)
Minggu Destini Siswa (MDS) atau nama lainnya minggu orientasi. Sebenarnya minggu ini sajalah minggu yang paling susah semasa berada di UiTM selain minggu terakhir menghantar assignment atau minggu peperiksaan. Pada minggu para pelajar akan menjalani aktiviti-aktiviti orientasi yang padat dalam waktu yang singkat sehinggakan akan merasa tak cukup mandi, makan dan tidur kerana semua pergerakan kena laju dan tangkas. Busuk dan mengantuk adalah kawan ada semasa minggu ini.
5. Hadap peperiksaan akhir di waktu musim perayaan
Tak kira sama ada miskin atau kaya, musim perayaan Aidil Fitri merupakan masa di mana semua orang yang beragama Islam bergembira setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Namun perkara ini tidak berlaku bagi sesetengah pelajar UiTM sebab mereka masih perlu menghadapi peperiksaan akhir. Ini menjadi suatu kelebihan buat graduan UiTM kerana semenjak di universiti lagi mereka telah diajar erti perngorbanan.
6. Salam Yang Paling di Takuti Pelajar UiTM bukan Salam daripada ISIS tapi SIM@SALAM.UiTM
SIMS@SALAM.UiTM ni bukan sembarangan salam. Salam inilah yang sering membuatkan pelajar-pelajar UiTM tak tidur malam, mandi tak basah, dan makan tak lalu. Tapi kalau yakin dan bersedia sudah tentu tak ada apa-apa yang nak ditakutkan.
7. Kebanyakan kampus UiTM mempunyai tangga yang lebih dikenali sebagai ‘Tangga Kejayaan’
Tak kiralah tangga ke kolej kediaman, fakulti, fakulti, ataupun ke unit HEA dan HEP, kampus-kampus UiTM seluruh Malaysia memang banyak tangga-tangga yang tinggi. Pelajar-pelajar UiTM mengelar tangga ini sebagai tangga kejayaan. Kalau tertinggal kad metrik alamatnya esok je la ambil.
8. Berebut mendaftar kelas di awal semester
Apabila sistem dibuka saja, semua pelajar akan berebut-rebut daftar subjek terutama sekali subjek Bahasa Ketiga atau Third Language sebab takut akan dimasukkan ke kelas lain jika kuota sudah penuh. Jadi bila ramai pelajar yang cuba mendaftar, sistem pundown, tahu-tahu saja anda dah tak boleh mendaftar sebab class semua dah penuh.
9. No SuFo No Result
Pelajar-pelajar yang tidak menjawab SuFO atau Student’s Feedback Online tidak akan dapat mengetahui keputusan semester anda selagi SuFO tidak jawab. Pelajar-pelajar akan menyedari bahawa mereka belum memjawab SuFO pada hari keputusan diumumkan kerana keputusan itu tidak boleh diekses.
10. #UiTMDihatiku
Inilah lagu yang tak pernah gagal membuat mata pelajar UiTM dimasuki habuk-habuk tiap kali berada di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) ketika majlis konvokesyen. Cara menyanyikannya cukup mudah. Angkat tangan kanan dan sematkan di dada serta menyanyilah dengan penuh penghayatan. #UiTMDihatiku
Jadi kesimpulannya di sini, tak kisah lah anda study di mana-mana sekali pun, anda sendiri yang akan tentukan tempat anda di luar nanti
Dan tak semua yang anda anggap pasal pelajar UiTM itu adalah benar. Kadang-kadang ia hanya persepsi yang dibuat sesetengah orang berdasarkan pengalaman mereka dengan sesetengah pelajar UiTM. Keep calm and stay positive okay?
Sumber:
1) https://mypt3.com/uitm-student-portal-login
2) https://madeinuitm.com/22-lagi-perkara-yang-hanya-student-uitm-akan-faham-uitmdihatiku/
3) https://says.com/my/seismik/stereotype-uitm-students-yang-tidak-benar