Ujian darah kencing manis dapat membenarkan doktor menganalisa paras gula darah lalu mendiagnosis sebagai penyakit kencing manis jika ada. Ujian-ujian darah tersebut meliputi ujian A1c, ujian gula darah rawak, ujian gula darah puasa dan ujian toleransi glukosa oral.
Ujian A1c
Ujian darah membenarkan doktor menentukan paras gula darah dalam badan. Ujian A1c adalah salah satu ujian umum bagi penyakit kencing manis kerana keputusannya mengukur paras gula darah mengikut masa dan anda mungkin perlu berpuasa.
Ujian ini turut dikenali sebagai ujian glycated hemoglobin. Ia mengiran berapa banyak glukosa yang melekat pada sel darah merah dalam badan anda selama dua hingga tiga bulan yang lepas.
Oleh kerana sel darah merah mempunyai jangka hayat selama tiga bulan, ujian A1c mengukur purata gula darah anda selama tiga bulan. Ujian ini memerlukan pengumpulan sejumlah kecil darah anda. Keputusannya diukur dalam peratus:
- Keputusan kurang daripada 5.7 peratus adalah normal
- Keputusan antara 5.7 dan 6.4 peratus menunjukkan pradiabetes
- Keputusan sama atau lebih tinggi daripada 6.5 peratus menandakan penyakit kencing manis
Ujuan makmal diseragamkan oleh Program Penyeragaman Glycohemoglobin Kebangsaan (NGSP – National Glycohemoglobin Standardization Program). Ini bermakna, tidak mengira makmal mana yang menjalankan ujian tersbeut, kaedah pengujian darah adalah sama.
Segelintir individu mungkin mempunyai keputusan yang bervariasi dengan menggunakan ujian A1c.
Ini termasuklah wanita hamil atau individu yang memiliki varian hemoglobin yang istimewa yang boleh membuatkan keputusan ujian menjadi tidak tepat.
Dalam kes sebegini, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani ujian kencing manis alternatif lain bagi mengatasinya.
Ujian gula darah rawak
Ujian gula darah rawak melibatkan pengeluaran darah pada masa yang telah ditetapkan tidak mengira bila kali terakhir anda makan. Keputusan yang sama atau melebihi 200 miligram setiap desiliter (md/dL) menunjukkan kencing manis.
Ujian gula darah puasa
Ujian gula darah melibatkan pengambilan darah selepas anda berpuasa semalaman, yang bermakna anda tidak makan selama 8 hingga 12 jam:
- Keputusan kurang daripada 100 mg/dL adalah normal
- Keputusan antara 100 hingga 125 mg/dL menunjukkan pradiabetes
- Keputusan sama dengan atau melebihi 126 mg/dL selepas dua kali ujian menunjukkan kencing manis.
Ujian toleransi glukosa oral
Ujian ini dilakukan selama dua jam. Pada peringkat awal, gula darah anda diuji terlebih dahulu dan anda akan diberikan minuman bergula. Selepas dua jam, gula darah anda akan diuji semula:
- Keputusan kurang daripada 140 mg/dL adalah normal
- Keputusan antara 140 hingga 199 mg/dL menunjukkan pradiabetes
- Keputusan yang sama atau melebihi 200 mg/dL menandakan kencing manis
Jom baca lebih lanjut tentang ujian lain yang anda perlu ketahui seperti dalam kandungan di bawah.
Kandungan
- Ujian darah artritis reumatoid
- Ujian darah kencing manis
- Ujian darah penyakit berjangkit
- Ujian fungsi buah pinggang
- Ujian fungsi tiroid
- Ujian fungsi hati
- Ujian hematologi
- Ujian profail lipid
- Ujian air kencing
- Ujian jantung
- Ujian najis
Sumber: