Now Reading
Ujian Fungsi Tiroid

Ujian Fungsi Tiroid

ujian fungsi tiroid

Ujian fungsi tiroid adalah satu rangkaian ujian darah yang digunakan untuk mengukur betapa baiknya kelenjar tiroid anda berfungsi. Ujian yang boleh didapati adalah T3, T3RU, T4 dan TSH.

Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di bahagian bawah hadapan leher anda. Ia bertanggungjawab untuk membantu mengawal kebanyakan proses tubuh seperti metabolisme, pembiakan tenaga, dan mood.

Selain itu, tiroid menghasilkan dua hormon utama: Trilodothyronine (T3) dan Thyroxine (T4). Jika kelenjar tiroid anda tidak menghasilkan hormon ini dengan cukup, anda mungkin mengalami simptom seperti peningkatan berat badan, kekurangan tenaga dan kemurungan. Keadaan ini digelar sebagai hipotiroidisme.  

Sekiranya kelenjar tiroid anda mengeluarkan terlalu banyak hormon, anda mungkin mengalami penurunan berat badan, kebimbangan yang sangat teruk, getaran dan khayal. Ini dipanggil sebagai hipertiroidisme.

Secara umum, seorang doktor yang bimbang mengenai paras hormon tiroid anda akan melakukan ujian imbasan meluas seperti T4 atau ujian TSH (Thyroid Stimulating Hormone). Jika hasilnya adalah abnormal, doktor anda akan melakukan ujian lebih lanjut untuk mengesan penyebab sebenar bagi masalah anda.

Pengambilan sampel darah untuk ujian fungsi tiroid

Bercakaplah dengan doktor anda tentang sebarang ubat-ubatan yang anda ambil dan beritahu doktor jika anda hamil. Ubat-ubatan tertentu dan kehamilan mungkin boleh mempengaruhi hasil ujian anda.

Pengambilan darah, turut dikenali sebagai venipuncture adalah sejenis prosedur yang dilakukan di makmal atau pejabat doktor. Apabila anda hadir untuk menjalani ujian, anda akan diarahkan duduk di atas kerusi atau berbaring. Jika anda memakal baju lengan panjang, anda perlu menggulungnya ke atas untuk mendedahkan kulit lengan anda.

Seorang jururawat akan mengikat gelang getah dengan ketat di sekeliling lengan atas anda untuk membuatkan urat menjadi bengkak dengan darah. Apabila beliau menemui urat yang tepat, jarum suntikan akan dimasukkan dibawah kulit ke dalam urat anda. Anda mungkin berasa tusukan tajam sewaktu jarum menebuk kulit anda. Darah anda akan dikumpul dalam tabung uji dan dihantar ke makmal bagi proses analisis.

Ujian T4 dan TSH

Ujian T4 dan TSH adalah dua jenis ujian fungsi tiroid yang paling umum. Ia selalunya dijalankan pada masa yang sama.

Seterusnya, ujian T4 dikenali sebagai ujian thyroxine. Paras T4 yang tinggi menandakan thiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme). Simptomnya termasuk kebimbangan, penurunan berat badan drastik, getaran dan cirit-birit. Kebanyakan T4 dalam badan anda diikat kepada protein. Sejumlah kecil T4 tidak terikat dan ia digelar sebagai T4 bebas. T4 bebas adalah bentuk T4 yang tersedia untuk diguna oleh badan anda. Kadangkala, paras T4 bebas juga diperiksa bersama dalam ujian T4.

Ujian TSH pula menguji paras hormon perangsang tiroid (Thiroid Stimulating Hormone) dalam darah. TSH mempunyai julat ujian normal antara 0.4 hingga 4.0 unit milli-antarabangsa hormon bagi setiap liter darah (mlU/L).

Jika anda menunjukkan simptom hipotiroidisme dan mempunyai bacaan TSH di atas 2.0 mlU/L, anda berisiko untuk mengembangkan hipotiroidisme. Simptom termasuklah kenaikan berat badan, keletihan, kemurungan dan rambut serta kuku rapuh. Doktor anda mungkin magi melakukan ujian fungsi tiroid sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun. Selain itu, beliau juga mungkin akan menentukan untuk memulakan rawatan perubatan pada diri anda seperti levothyroxine untuk mengurangkan simptom.

Ujian T4 dan TSH adalah rutin yang dilakukan pada bayi baru lahir untuk mengesan kelenjar tiroid yang kurang berfungsi. Jika dibiarkan tanpa dirawat, keadaan ini yang digelar sebagai hipotiroidisme kongenital boleh membawa kepada kecacatan perkembangan.

Ujian T3

Ujian T3 memeriksa paras hormon triiodothyronine. Ia selalunya dilakukan jika ujian T4 dan TSH menunjukkan keputusan hipertiroidisme. Ujian T3 juga mungkin dijalankan sekiranya anda menunjukkan simptom kelenjar tiroid yang terlebih aktif dab T4 dan TSH anda tidak meningkat.

Julat normal T3 adalah 100-200 nanogram hormon setiap desiliter darah (ng/dL). Paras yang terlalu tinggi cenderung menandakan keadaan yang dipanggil penyakit Grave. Ini adalah sejenis gangguan autoimun yang dikaitkan dengan hipertiroidisme.

Ujian penyerapan resin T3

Ujian penyerapan resin T3, juga dikenali sebagai T3RU, adalah ujian darah yang mengukur kapasiti ikatan hormon yang dipanggil thyroxin-binding globulin (TBG). Jika paras T3 anda melonjak, kapasiti ikatan TBG anda akan menjadi rendah.

Paras TBG yang sangat rendah cenderung menunjukkan masalah dengan buah pinggang atau badan anda tidak mempunyai protein yang cukup. Manakala, paras TBG yang sangat tinggi menandakan paras estrogen yang tinggi dalam badan. Paras estrogen yang tinggi mungkin boleh menyebabkan kehamilan, memakan makanan kaya estrogen, obesiti atau terapi penggantian hormon.

Jom baca lebih lanjut tentang ujian lain yang anda perlu ketahui seperti dalam kandungan di bawah.

Kandungan

  1. Ujian darah artritis reumatoid
  2. Ujian darah kencing manis
  3. Ujian darah penyakit berjangkit
  4. Ujian fungsi buah pinggang
  5. Ujian fungsi tiroid
  6. Ujian fungsi hati
  7. Ujian hematologi
  8. Ujian profail lipid
  9. Ujian air kencing
  10. Ujian jantung
  11. Ujian najis

Sumber:

error: Content is protected !!