Apabila anda hamil, ujian pranatal dapat memberikan maklumat tentang kesihatan anda dan bayi anda. Mereka membantu mengesan sebarang masalah yang boleh menjejaskan bayi anda, seperti kecacatan kelahiran atau penyakit genetik. Hasilnya dapat membantu anda membuat keputusan penjagaan kesihatan terbaik sebelum dan selepas anak anda dilahirkan.
Ujian pranatal adalah sangat berguna, tetapi ianya penting bagi anda mengetahui cara untuk mentafsir keputusannya. Keputusan ujian yang positif tidak selalu bermakna bayi anda akan dilahirkan dengan sebarang masalah. Anda harus berbincang dengan doktor, bidan atau penjaga kesihatan lain tentang keputusan ujian dan apa yang harus anda lakukan sebaik sahaja anda mendapat keputusannya.
Doktor akan mengesyorkan beberapa ujian pranatal bagi semua wanita hamil. Namun, hanya segelintir wanita yang memerlukan pemeriksaan lain untuk memeriksa masalah genetik tertentu.
Rutin bagi Ujian Pranatal
Ujian pranatal yang berbeza dilakukan ketika anda dalam trimester pertama, kedua, dan ketiga. Sesetengah ujian itu akan memeriksa kesihatan anda, dan ada juga yang akan mendapatkan maklumat tentang bayi anda.
Sepanjang kehamilan anda, anda akan mendapat pemeriksaan rutin untuk memastikan anda berada dalam keadaan sihat. Penjaga kesihatan anda akan memeriksa sampel darah dan air kencing anda sebagai sebahagian ujian pranatal untuk keadaan tertentu, termasuklah:
- HIV dan penyakit yang merebak secara seksual yang lain
- Anemia
- Diabetes
- Hepatitis B
- ‘Preeclampsia’, sejenis tekanan darah tinggi
- Faktor Rh, yang merupakan protein dalam darah anda
Anda juga boleh mendapatkan:
- ‘Pap smear’
Antara sebahagian dari ujian pranatal adalah pemeriksaan kumpulan B Strep. Doktor anda akan mengesat kulit di dalam dan di sekitar faraj untuk memeriksa bakteria jenis ini. Ini biasanya berlaku pada bulan terakhir sebelum anda melahirkan.
- Ultrasound
Teknologi ini menggunakan gelombang bunyi untuk membuat gambar bayi dan organ anda. Sekiranya kehamilan anda adalah normal, anda akan mempunyai dua kali pemeriksaan sebagai sebahagian ujian pranatal, sekali di tempoh awal kehamilan untuk melihat sejauh mana kandungan berada, dan kali kedua sekitar 18-20 minggu kehamilan untuk memeriksa perkembangan bayi anda dan memastikan organnya berkembang dengan baik.
- Ujian Genetik Pranatal
Doktor juga boleh membuat ujian pranatal untuk mencari tanda-tanda sekiranya bayi anda berisiko untuk mendapat gangguan genetik tertentu atau kecacatan kelahiran. Anda tidak perlu menjalani ujian ini, tetapi doktor anda mungkin mencadangkan beberapa ujian ini untuk memastikan bayi anda sihat.
Ianya sangat penting terutama bagi wanita yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat bayi dengan kecacatan kelahiran atau masalah genetik. Ini boleh berlaku sekiranya anda:
- Berumur lebih dari 35 tahun.
- Mempunyai bayi pramatang atau bayi dengan kecacatan kelahiran sebelum ini.
- Mempunyai kelainan genetik atau diwarisi dalam keluarga anda atau keluarga ibu bapa yang lain.
- Mempunyai keadaan perubatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, gangguan sawan, atau gangguan autoimun seperti lupus.
- Telah mengalami keguguran bayi atau bayi tidak cukup matang sebelum ini.
- Mempunyai diabetes gestational atau ‘preeclampsia’ semasa mengandung sebelum ini.
- ‘Sequential Screen’
Ini adalah sama dengan pemeriksaan integrasi, tetapi doktor anda akan mengkaji semula keputusan dengan anda selepas fasa pertama pada 11-14 minggu tempoh kehamilan. Ia tidaklah begitu tepat seperti ujian yang memerlukan tempoh lebih lama, tetapi ia membolehkan anda mengetahui risiko pada bayi anda lebih awal. Sekiranya pemeriksaan mendapati terdapatnya masalah, doktor akan membuat lebih banyak ujian disamping ujian pranatal untuk mengetahui dengan pasti. Sekiranya ia tidak menemui risiko, anda mungkin perlu menjalani ujian darah kali kedua pada 16-18 minggu tempoh kehamilan untuk lebih selamat.
- Ujian saringan tiga atau empat kali
Doktor akan memeriksa darah anda untuk hormon dan protein yang dihasilkan daripada bayi atau plasenta anda iaitu organ yang membawa oksigen dan nutrien. Ujian ini akan dijalankan menggunakan tiga bahan yang berlainan (saringan tiga kali) atau empat (saringan empat kali). Jumlah tertentu ini bermakna bayi anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengalami kecacatan kelahiran atau penyakit genetik. Ujian pranatal ini berlaku pada trimester kedua, biasanya pada 15 hingga 20 minggu tempoh kehamilan.
- Ujian DNA janin bebas sel.
Doktor menggunakan ujian ini untuk mencari DNA bayi anda di dalam darah dan memeriksa gejala ‘Down syndrome’ dan dua lagi keadaan genetik, ‘trisomy 18’ dan ‘trisomy 13’. Anda boleh melakukan ini selepas 10 minggu kehamilan anda. Doktor tidak mencadangkannya untuk setiap wanita, dan biasanya hanya dilakukan oleh mereka yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi. Ia tidak boleh didapati di mana-mana, dan beberapa polisi insurans kesihatan tidak melindunginya. Bercakap dengan doktor anda untuk menentukan sama ada anda memerlukan ujian ini atau tidak.
Ujian lain
Sekiranya anda mendapat keputusan positif pada pemeriksaan sebelumnya, doktor anda boleh menggunakan ujian lain untuk mencari pengesahan.
- Amniosentesis
Menggunakan jarum nipis di dalam perut anda, doktor anda akan mengambil sampel cecair yang mengelilingi bayi anda dan periksa untuk gangguan genetik atau kecacatan kelahiran. Prosedur ini berisiko untuk dilakukan. Kira-kira 1 dalam 300 hingga 500 wanita akan keguguran kerana ‘amniosentesis’. Doktor anda boleh memberitahu anda sekiranya ia penting bagi anda untuk mendapatkannya.
- Pensampelan villi Chorionic (CVS)
Doktor akan mengambil sebahagian kecil plasenta anda dengan memasukkan jarum melalui perut anda atau tiub kecil ke atas faraj anda. Mereka menguji sampel itu untuk ‘Down syndrome’ dan keadaan genetik yang lain. Hanya beberapa wanita berisiko tinggi sahaja yang memerlukan ujian ini, biasanya jika pemeriksaan lain mendapati risiko kecacatan kelahiran. Prosedur ini akan memberitahu anda pasti jika ada masalah, tetapi ia juga datang dengan risiko keguguran yang serupa dengan ‘amniosentesis’. Berunding dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ujian CVS atau tidak.
Sumber
https://www.healthline.com/health/pregnancy/prenatal-testing
https://www.webmd.com/baby/your-guide-prenatal-testing#1