Anda disyorkan untuk menjalani ujian profail lipid setelah umur anda melebihi 20 tahun supaya anda mengetahui paras kolesterol dalam darah.
Ujian profail lipid adalah penting untuk pesakit rendah lipid serta individu yang sihat. Secara amnya untuk menentukan profail lipid, seseorang perlu menjalani 4 ujian seperti kolesterol total, HDL kolesterol, LDL kolesterol dan trigliserid.
Jadi, apa itu kolesterol? Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia membantu menstabilkan lapisan membran luar sel badan anda.
Tetapi, selama beberapa dekad, doktor mengetahui bahawa individu yang mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi dalam badan berisiko untuk mendapat penyakit jantung.
Baru-baru ini, mereka menjumpai bentuk kolesterol berbeza (“baik” dan “jahat”) juga memainkan peranan.
Sebagai contoh, LDL atau kolesterol ‘jahat’ boleh melekat pada dinding pembuluh darah. Saban tahun, ia memainkan peranan dalam menyekat arteru melalui proses yang digelar artherosclerosis.
Arteri yang semakin sempit dalam jantung boleh menyebabkan pembekuan darah secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan serangan jantung.
Anda disyorkan untuk menjalani ujian kolesterol setelah umur anda melebihi 20 tahun supaya anda mengetahui paras kolesterol dalam darah anda dan melakukan tindakan yang berpatutan untuk mengawalnya.
Ujian kolesterol: Kolesterol baik, kolesterol jahat, dan berlemak
Jenis kolesterol dan lemak lain yang berbeza dalam darah digelar sebagai lipid. Doktor mengukur dan mendiagnosis masalah lipid melalui ujian darah biasa.
Anda mungkin perlu berpuasa selama 9 hingga 12 jam sebelum menjalani ujian darah untuk memastikan makanan yang dimakan tidak mempengaruhi keputusan ujian anda.
Ujian profail lipid selalunya memberi keputusan untuk 4 jenis yang berbeza:
- Jumlah kolesterol
- LDL (Low Density Lipoprotein), kolesterol jahat
- HDL (High Density Lipoprotein), kolesterol baik
- Trigliserida, bentuk lemak lain
Sesetengah ujian lipid boleh memberi maklumat yang terperinci seperti kehadiran dan saiz variasu partikel lemak dalam darah anda. Para penyelidik memerhatikan tentang kesannya terhadap penyakit jantung. Walau bagaimanapun, tiada panduan yang jelas untuk memastikan bilakah ujian yang lebih lanjut diperlukan.
Jumlah kolesterol
Nilai matlamat:
- 75-169 mg/dL, bagi individu berumur 20 tahun ke bawah
- 100-199 mg/dL, bagi individu berumur 21 tahun ke atas
Persediaan:
Ujian ini mungkin diukur pada bila-bila masa tanpa perlu berpuasa. Walau bagaimanapun jika ujian ini dimasukkan dalam profail jumlah lipid, anda perlu berpuasa selama 12 jam.
Untuk keputusan yang lebih tepat, tunggu sekitar 2 bulan selepas serangan jantung, pembedahan, jangkitan, kecederaan atau kehamilan untuk memeriksa paras kolesterol anda.
Kolesterol adalah sejenis lemak yang ditemui dalam darah anda. Ia dihasilkan oleh badan dan ia juga hadir daripada makanan yang anda makan (produk haiwan).
Kolesterol diperlukan oleh badan anda untuk mengekalkan kesihatan sel. Namun, paras kolesterol yang berlebihan boleh membawa kepada penyakit arteri koronari.
Paras kolesterol darah anda berkait dengan makanan yang anda makan atau keadaan genetik (diwariskan dari generasi lain atau ahli keluarga).
HDL, kolesterol baik
Nilai matlamat:
- Melebihi 40 mg/dL
Persediaan:
Ujian ini mungkin diukur pada bila-bila masa tanpa perlu berpuasa. Walau bagaimanapun, jika ujian ini dimasukkan dalam profail jumlah lipid, anda perlu berpuasa selama 12 jam.
Untuk keputusan yang lebih tepat, tunggu sekitar 2 bulan selepas serangan jantung, pembedahan, jangkitan, kecederaan atau kehamilan untuk memeriksa paras HDL anda.
HDL adalah sejenis lipoprotein (kombinasi lemak dan protein) yang ditemui dalam darah. Ia digelar sebagai kolesterol baik kerana ia menyingkirkan kolesterol berlebihan daripada darah dan membawanya ke hati.
Paras HDL yang tinggi dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit jantung dan pembuluh darah.
LDL, kolesterol jahat
Paras LDL yang tingggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan pembuluh darah, termasuklah penyakit arteri koronari, serangan jantung, dan kematian. Mengurangkan paras LDL adalah rawatan utama bagi ubat-ubatan yang mengurangkan kolesterol.
Nilai matlamat:
- Kurang daripada 70 mg/dL bagi individu yang mempunyai penyakit jantung atau pembuluh darah dan bagi pesakit lain yang berisiko tinggi mengalami penyakit jantung (sindrom metabolik).
- Kurang daripada 100 mg/dL bagi pesakit berisiko tinggi (pesakit yang mempunyai pelbagai faktor risiko penyakit jantung)
- Kurang daripada 130 mg/dL bagi individu yang berisiko rendah mengalami penyakit arteri koronari.
Persediaan:
Darah perlu dikumpulkan setelah 12 jam berpuasa. Untuk keputusan yang lebih tepat, tunggu sekitar 2 bulan selepas serangan jantung, pembedahan, jangkitan, kecederaan atau kehamilan untuk memeriksa paras LDL anda.
LDL adalah sejenis lipoprotein (kombinasi lemak dan protein) yang dijumpai dalam darah. Ia digelar sebagai kolesterol jahat kerana ia mengambil kolesterol daripada darah dan membawanya kepada sel.
Paras LDL yang tinggi dikaitkan dengan risiko tinggi penyakit jantung dan pembuluh darah.
Trigliserida (TG)
Trigliserida melonjak dalam penyakit yang obes dan mempunyai kencing manis. Parasnya meningkat daripada memakan gula atau mengambil alkohol. Ia dikaitkan dengan penyakit jantung dan pembuluh darah.
Nilai matlamat:
- Kurang daripada 150 mg/dL
Persediaan:
Darah perlu dikumpulkan setelah 12 jam berpuasa. Untuk keputusan yang lebih tepat, tunggu sekitar 2 bulan selepas serangan jantung, pembedahan, jangkitan, kecederaan atau kehamilan untuk memeriksa paras trigliserida anda.
Trigliserida adalah sejenis lemak yang dijumpai dalam darah. Paras darah lemak ini dipengaruhi oleh makanan yang anda makan (seperti gula, lemak atau alkohol).
Tetapi, ia juga boleh menjadi tinggi akibat berlebihan berat badan. Penyakit tiroid atau hati dan keadaan genetik tertentu. Paras trigliserida yang tinggi dikaitkan dengan risiko tinggi penyakit jantung dan pembuluh darah.
Jom baca lebih lanjut tentang ujian lain yang anda perlu ketahui seperti dalam kandungan di bawah.
Kandungan
- Ujian darah artritis reumatoid
- Ujian darah kencing manis
- Ujian darah penyakit berjangkit
- Ujian fungsi buah pinggang
- Ujian fungsi tiroid
- Ujian fungsi hati
- Ujian hematologi
- Ujian profail lipid
- Ujian air kencing
- Ujian jantung
- Ujian najis
Sumber: