Now Reading
Unilever Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Keperluan Harian Anda

Unilever Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Keperluan Harian Anda

unilever

Unilever adalah syarikat global yang menjual barang-barangan keperluan pengguna yang merangkumi makanan, barangan kegunaan rumah dan barangan penjagaan diri daripada jenama-jenama yang dipercayai. Syarikat ini memberi tumpuan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna-pengguna dengan menghasilkan produk-produk yang membantu semua kelihatan baik, berasa selesa dan memanfaatkan kehidupan dengan lebih baik. Mari kita lihat 5 produk Unilever dan alternatifnya yang dapat memudahkan kehidupan seharian kita !

Unilever Knorr Chicken Stock Cubes 6sx60g

Unilever Knorr Chicken Stock Cubes 6sx60g

RM5.99

Knorr Chicken Stock Cubes dibuat daripada bahan-bahan yang asli, diadun dengan campuran rempah khas dan menggabungkan semuanya menjadi kiub. Daging ayam di dalam kandungannya telah dimasak perlahan selama 5 jam untuk mempunyai rasa dan aroma ayam yang lebih kuat. Produk ini sesuai digunakan sebagai asas sup untuk semua penyediaan sup dan pelbagai hidangan seperti hidangan kuah, tumis, dan perap. Ia tidak mengandungi MSG tambahan menjadikan rangkaian ini sesuai untuk pengguna yang masih ingin meningkatkan rasa hidangan mereka sambil meminimumkan penggunaan MSG dalam masakan mereka.

Adabi Kiub Pati Ayam Chicken Stock Cube 60g

Adabi Kiub Pati Ayam Chicken Stock Cube 60g

RM2.60

Adabi Kiub Pati Ayam merupakan pelengkap perasa untuk semua jenis masakan ayam yang enak. Kandungannya dihasilkan dengan ramuan dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dari Turki. Perasa ini memudahkan proses memasak harian yang berkhasiat untuk sekeluarga. Produk ini dihasilkan dengan proses pengisaran rempah yang merupakan kepakaran Adabi. Dengan teknologi terkini, Adabi berjaya membuat pelbagai jenis perasa menggunakan rempah terpilih untuk pasaran yang meluas. Produk ini amat sesuai untuk Bumiputera dan dijamin halal oleh JAKIM.

Unilever Dove Sensitive Skin Body Wash 1L

Unilever Dove Sensitive Skin Body Wash 1L

RM22.00

Dove Sensitive Skin Body Wash membasuh dan membasmi bakteria dengan berkesan sambil menyuburkan kulit anda. Ia mengandungi Moisture Renew Blend yang merupakan gabungan zat semula jadi kulit dan pelembap yang berasaskan tumbuhan untuk penyerapan jauh ke dalam lapisan atas kulit. Pencuci badan ini dihasilkan secara semula jadi dengan nutrien semula jadi kulit yang bersifat microbiome lembut, memberikan kulit akan khasiat sambil mengekalkan kulit yang sihat. Ia sesuai untuk kulit yang sensitif dengan pH yang seimbang dan bebas daripada paraben.

Redwin Sensitive Skin Body Wash 500ml

Redwin Sensitive Skin Body Wash 500ml

RM28.00

Redwin Sensitive Skin Body Wash adalah alternatif yang sempurna untuk pencuci badan yang bebas daripada sabun kerana ia tidak mengandungi bahan natrium lauril sulfat (SLS) yang merupakan sejenis perengsa kulit untuk kulit sensitif. Ia mengunci kelembapan kulit sambil membersihkannya secara lembut keseluruhan badan bagi kulit yang kering dan sensitif. Ia memberikan pelembap yang mendalam dan tahan lama untuk mencegah kekeringan serta menjadikan kulit anda berasa lembut dan licin. Produk ini tidak menghilangkan minyak dan kelembapan kulit terutamanya kulit yang senssitif.

Unilever Antabax Antibacterial Shower Cream 650ml + Free 50% (975ml)

Unilever Antabax Antibacterial Shower Cream 650ml + Free 50% (975ml)

RM13.50

Antabax Protect Antibacterial Shower Cream adalah krim mandian antibakteria yang menghilangkan 99.9% kuman dan memberikan perlindungan 24 jam untuk kulit. Pada masa yang sama ia lembut dan tidak mengeringkan kulit anda. Ia diformulasikan dengan sifat anti-oksidan dan anti-inflamasi vitamin C dan E sehingga kulit menjadi segar kembali. Ia juga mengandungi kesan peremajaan sel dari vitamin B Complex yang penting (B3, B5 & B6) dengan Sistem Derma-Protect inovatif yang mengandungi serum kelembapan mikro membantu menjadikan kulit lebih lembut, licin dan sihat.

Hygienix Gentle Body Wash 1L

Hygienix Gentle Body Wash 1L

RM12.63

Hygienix Gentle Body Wash adalan pencuci badan yang berkesan membunuh 99.99% kuman dan memberikan perlindungan total setiap hari terhadap kuman yang tidak kelihatan. Ia diformulasikan secara unik dengan teknologi pelindung Kuman Aktif dan menggunakan 100% bahan aktif semula jadi untuk membersihkan dan membantu melindungi kulit anda secara mendalam sambil menjadikannya sihat dan jernih. Ia tidak mengeringkan dengan formula pH seimbang yang menjadikannya sempurna untuk penggunaan harian. Ia mengandungi campuran Ekstrak Licorice, Teh Hijau Fermentasi dan Minyak Lemon Myrtle yang unik untuk meningkatkan perlindungan antibakteria semula jadi serta menjadikan kulit lembut dan terhidrat.

Unilever Cif Floor Cleaner Orchid 1L

Unilever Cif Floor Cleaner Orchid 1L

RM16.90

Cif Floor Cleaner mencuci kotoran yang degil di lantai dengan berkesan. Ia tidak mengandungi pelelas atau peluntur dan membantu pembersihan dan penjagaan lantai setiap hari. Ia boleh menyingkirkan kotoran berminyak dengan berkesan tanpa mencalarkan permukaan lantai sambil menyinarkan lantai dan memberikan wangian yang segar. Cecairnya kering dengan cepat, menjadikan lantai berkilauan bersih, bebas daripada residu tanpa meninggalkan rasa melekit di atas lantai.

TLC Green Floor Cleaner 2L

TLC Green Floor Cleaner 2L

RM15.90

TLC Green Floor Cleaner adalah pencuci lantai yang formulanya berasaskan tumbuhan yang boleh dibiodegradasi. Formulanya dapat menanggalkan kotoran dan kesan berminyak dengan efektif. Produk ini mengandungi agen anti-debu yang boleh membantu menjaga kebersihan lantai untuk masa lebih panjang dan lama. Ia meninggalkan permukaan yang bersih dan aroma segar selepas digunakan dan sesuai untuk semua jenis lantai termasuk jubin dan permukaan yang berlamina. Tidak perlu dibilas air selepas digunakan dan tidak meninggalkan rasa melekit.

Unilever Simple Refreshing Facial Wash Gel 150ml

Unilever Simple Refreshing Facial Wash Gel 150ml

RM21.66

Simple Refreshing Facial Wash merupakan pembasuh muka yang menyegarkan dan 100% bebas daripada sabun. Ia mengandungi campuran bahan aktif dan kebaikan vitamin yang sempurna untuk memastikan kulit anda bersih dan lembut. Kandungan Pro-Vitamin B5 di dalamnya membantu melegakan dan menghidratkan kulit dengan mendalam, Vitamin C pula sebagai antioksidan untuk membantu penghasilan dan pembentukan kolagen kulit. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif kerana ia tidak mengandungi warna, wangian dan bahan kimia.

AR Vitamin E Moisturizing Whip Facial Wash

AR Vitamin E Moisturizing Whip Facial Wash

RM7.80

AR Vitamin E Moisturizing Whip Facial Wash membersihkan kulit wajah secara mendalam menjadikan kulit halus dan berseri daripada campuran vitamin E dengan ekstrak semula jadi. Ia diadun dengan pelembap yang pekat untuk membantu melaraskan kulit wajah agar kelihatan putih, licin, jelas, tegang dan lebih muda. Ia juga akan mengurangkan kulit yang kusam, bintik-bintik gelap, tona kulit yang tidak sekata dan kedutan yang mendalam. Pencuci muka ini juga membantu mengurangkan bakteria dan sisa toksik yang menjadi penyebab jerawat. Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.

error: Content is protected !!