Uri di bawah juga dikenali sebagai placenta previa merupakan masalah yang kalua tidak dijumpai dengan lebih awal, ia boleh membahayakan kedua-dua nyawa anak yang masih dalam kandungan dan juga nyawa ibunya. Uri di bawah amat bahaya kerana boleh berlaku pendarahan kepada bahagian uri yang berada di bawah rahim. Ini boleh menyebabkan symptom seperti kejutan (shock) yang juga boleh mengakibatkan kematian kerana kekurangan darah.
Masalah Uri di Bawah
Uri di bawah juga dikenali sebagai placenta previa merupakan masalah yang kalua tidak dijumpai dengan lebih awal, ia boleh membahayakan kedua-dua nyawa anak yang masih dalam kandungan dan juga nyawa ibunya.
Previa placenta amat bahaya kerana boleh berlaku pendarahan kepada bahagian uri yang berada di bawah rahim. Ini boleh menyebabkan symptom seperti kejutan (shock) yang juga boleh mengakibatkan kematian kerana kekurangan darah.
Bagaimana Placenta Previa Berlaku?
Di dalam fasa embrio, penempelan uri (placenta) di bahagian rahim berlakudan embrio tersebut akan mendapatkan pelbagai nutrient dengan cara menempel dalam dinding rahim yang amat penuh dengan saluran darah dan juga tebal.
Tali pusat yang digunakan untuk menyambungkan uri dan bayi dalam kandungan akan dihasilkan ketika ia semakin besar. Di antara ibu dan bayi pula, pertukaran bahan buangan, nutrient dan gas akan berlaku di placenta.
Untuk lebih menyenangkan pertukaran pelbagai bahan yang disebutkan tadi, bahagian rahim yang akan melekat dengan uri akan mengandungi saluran darah yang amat banyak. Tetapi, di dalam kes uri di bawah (placenta previa), placenta akan menjadi lebih besar disebabkan embrio yang akan melekat di kawasan bahagian bawah rahim.
Bagaimana Pendarahan Boleh Berlaku?
Bahagian serviks akan mula menjarak atau merenggang dan akan mula terbuka bagi memulakan proses kelahiran, perkara ini akan terjadi apabila bayi sedang masih membesar di dalam kandungan ibu atau semasa dalam kelahiran.
Keadaan ini akan menyebabkan uri untuk tercabut dari bahagian yang terletak di bawah rahim. Oleh sebab itu, kedua-dua nyawa ibu dan bayi akan berada dalam keadaan yang bahaya kerana pendarahan akan berlaku dari uri serta daipada rahim.
Punca Uri Di Bawah (Placenta Previa)
Kenapa berlakunya uri di bawah masih lagi tidak diketahui kerana perkara ini boleh merangkumi pelbagai faktor-faktor. Jika anda mempunyai kriteria-kriteria ini, anda mempunyai risiko untuk mengalami keadaan uri di bawah.
- Mengandung lebih daripada 5 kali
- Umur ibu lebih daripada 35 tahun
- Sedang mengandung bayi kembar
- Menjalani rawatan ketidaksuburan sebelum itu
- Mempunyai sejarah placenta previa sebelum ini
- Selalu keguguran
- Pernah membuat pembedahan dibahagian rahim(Pembedahan Caesarean)
Prognosis
Di zaman yang maju lagi berteknologi ini, teknologi ultrasound yang lebih maju telah menolong para doktor untuk menjalankan diagnosa uri di bawah daripada awal kandungan lagi. Ini boleh menolong untuk mendapatkan rawatan dengan lebih awal agar masalah-masalah tersebut dapat dielakkan kerana setiap perempuan yang mengandung ada peluang sebanyak 0.5% untuk menhadapi keadaan uri di bawah.
Dalam beberapa jenis kes, semasa bayi masih di dalam kandungan dan semakin besar, uri itu akan bergerak ke atas bukannya ke bawah. Oleh sebab itu, untuk melihat kedudukan placenta sama ada ia berada di kedudukan yang normal atau tidak, beberapa hospital akan memeriksa placenta dalam jangka masa setiap 2 minggu. Pesakit akan melakukan proses kelahiran secara normal jika uri berada di dalam kedudukan yang normal. Tetapi, jika tidak, pembedahan akan perlu dilakukan untuk mengeluarkan bayi tersebut.
- Kekuningan
- Jangkitan rahim selepas bersalin
- Komplikasi yang mungkin berlaku kepada ibu:
- Kurang berat badan (<2500g)
- Pendarahan
- Masalah pernafasan
- Sindrom kematian bayi mengejut(Sudden Infant Death Syndrome)
- Uri lekang(Placental abruption)
- Kelahiran yang tidak cukup bulan
- Komplikasi yang mungkin berlaku kepada bayi yang dikandung
Simptom
Simptom-simptom yang selalu berlaku adalah pendarahan dari bahagian faraj yang tidak menyebabkan kesakitan. Kes ini selalunya berhenti secara sendiri tetapi berlaku semula apabila waktu proses kelahiran.
- Pening kepala
- Rasa berdebar-debar
- Kurang tekanan darah
- Pengsan
- Diagnosis-diagnosis yang lain
- Denyutan jantung yang laju
Ada beberapa diagnosis yang lain tetapi mempunyai symptom-simptom seperti uri di bawah:
- Jangkitan kuman pada servik
- Rahim pecah ketika bersalin(terutamanya yang pernah membuat pembedahan di bahagian rahim)
- Uri lekang(abruptio placenta)
- Kelahiran yang tidak cukup bulan
Ujian Pemeriksaan
Teknologi ultrasound dan penggunaannya adalah amat penting,kerana jika pendarahan pada faraj berlaku, teknologi ini akan digunakan untuk melihat jika pesakit tersebut mempunyai masalah uri di bawah, masalah yang lain, atau tiada masalah langsung. Ini akan dilakukan sebelum pemeriksaan di bahagian saluran peranakan ibu yang mengandung. Teknologi ini juga digunakan kerana jika proses ini menggunakan tangan, penderahan mungkin akan menjadi lebih teruk.
1. Pengambilan darah
Beberapa jenis sampel-sampel darah yang akan diambil jika individu tersebut mempunyai masalah uri di bawah:
- Status ‘rhesus’ darah pesakit
- Full blood count untuk melihat bacaan haemoglobin
- Jenis darah
Sampel-sampel ini akan digunakan untuk mengetahui jenis darah serta berapa banyak darah yang diperlukan untuk pesakit bagi bersiap sedia untuk merawatinya jika terdapat pendarahan yang teruk berlaku.
2. Ultrasound
Transvaginal ultrasound akan digunakan untuk masalah Placenta Previa kerana ia merupakan ultrasound yang paling sensitive bagi digunakan untuk mencari masalah tersebut. Ultrasound ini akan digunakan untuk masuk ke dalam faraj bagi melihat kedudukan placenta, jika ia dekat dengan serviks atau tidak.
Jika uri masih bertempat di bawah rahim selepas 28 minggu mengandung, pesakit akan disahkan menghadapi Placenta Previa. Sebelum 28 minggu, ia akan dipanggil ‘low-lying placenta’.
Rawatan
Rawatan akan dilakukan untuk pesakit berdasarkan kepada keadaan kesihatan ibu yang mengandung tersebut. Pesakit akan dirawat dengan cara konvensional apabila tiada pendarahan. Rawatan ini akan menempatkan individu tersebut dalam hospital untuk pemerhatian sampai umur bayi telah cukup dan proses kelahiran boleh dimulakan.
Untuk proses pembedahan menjadi terkawal, pesakit di wad akan berada di dalam proses pemerhatian. Individu tersebut akan ditempatkan di bilik pembedahan untuk proses kelahiran jika ia telah bermula ataupun terdapat pendarahan.
Sumber