Now Reading
Vaseline Malaysia dan 9 Alternatif Yang Baik Untuk Kulit

Vaseline Malaysia dan 9 Alternatif Yang Baik Untuk Kulit

Vaseline

Jenama Vaseline terkenal dengan produk jeli petroleum untuk memberi rawatan dermatologi secara membantu menyembuhkan kulit yang kering serta menyembuhkan kulit yang luka. Produk-produk yang dihasilkan termasuk jeli petroleum biasa dan pilihan krim kulit, sabun, losyen, pembersih muka dan deodoran. Kandungan bahan-bahannya bersamaan dengan minyak mineral untuk mengunci kelembapan pada kulit untuk melembapkan, memperbaiki dan melegakan kekeringan kulit. Produk-produknya dipastikan bebas daripada kekotoran dan selamat digunakan oleh pengguna.

Vaseline Healthy White Body Lotion SPF 24    350 ml

Vaseline Healthy White Body Lotion SPF 24 350 ml

RM19.90

Vaseline Healthy White Body Lotion melindungi kulit di bawah cahaya matahari yang terik supaya kulit kelihatan lebih sihat dan lebih cerah. SPF 24 PA ++ membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB dengan perlindungan yang unggul untuk mencegah pembentukan bintik-bintik gelap dan pigmentasi tidak sekata yang disebabkan oleh sinar UVA dan UVB. Produk ini mengandungi Vitamin B3 dan antioksidan yang membantu kulit kelihatan lebih cerah dengan meresap jauh ke dalam kulit di dalam stratum corneum dan menghalang pemindahan melanin serta membantu mengurangkan penampilan kedutan, warna kulit yang tidak rata dan bintik-bintik gelap.

Queen BL Lotion Extra Whitening SPF 50 500ml

Queen BL Lotion Extra Whitening SPF 50 500ml

RM16.80

Queen BL Lotion Extra Whitening membantu mencerahkan, menegangkan dan meghaluskan kulit. Ia juga memberi kelembapan kepada kulit serta membantu mengurangkan dan memudarkan kesan parut. Kandungan SPF50 sebagai sunblock atau penghalang matahari didalamnya melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Celah hitam di peha, ketiak dan siku dapat dicerahkan denga penggunaan produk ini. Ia juga berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di betis akibat gigitan nyamuk dan kudis. Kesan effektif produk ini boleh dinampak seawal 7 hari selepas penggunaannya.

Vaseline Intensive Care Lotion Deep Restore 400ml

Vaseline Intensive Care Lotion Deep Restore 400ml

RM21.50

Formula yang tidak berminyak ini menggabungkan ekstrak oat tulen dan titisan mikro pemulihan Vaseline® Jelly untuk menjadikan kulit anda sangat lembap dan berasa sihat, lembut dan halus. Disertakan dengan pelembap kaya dan titisan mikro Vaseline® Jelly untuk memulihkan kulit yang rosak dari dalam. Produk ini terbukti secara klinikal untuk melembapkan kulit secara mendalam daripada penyapuan pertama dan mengembalikan kulit kering 3x lebih tahan lama Losyennya menyerap dengan cepat ke dalam kulit tanpa berasa berminyak.

Parachute Advanced Body Lotion Deep Nourish 400ml

Parachute Advanced Body Lotion Deep Nourish 400ml

RM15.50

Parachute Advanced Body Lotion Deep Nourish ini dihasilkan khas untuk melembapkan kulit dan membaiki kulit yang rosak dan sangat kering. Ia memberikan khasiat yang mendalam kepada kulit untuk keperluan pelembapan yang kuat. Ia diperkayakan dengan kebaikan susu kelapa dan 100% pelembap yang semula jadi memberikan nutrian dan transformasi kapad kulit. Ia mengandungi COCOLIPID TM FORMULA yang membantu menembusi sel-sel kulit sehingga kedalaman 10 lapisan dan mengunci kelembapan serta-merta sambil menguatkan penghalang kulit dari dalam.

Vaseline Petroleum Jelly 100g

Vaseline Petroleum Jelly 100g

RM10.00

Vaselins Petroleum Jelly diperbuat dengan 100% jeli petroleum tulen dibuktikan secara klinikal yang ia membantu memulihkan kulit yang kering dan rosak. Formulanya membantu melembapkan kulit yang kering dan melindungi luka yang kecil. Ia boleh melembutkan kawasan kulit yang kasar seperti siku dan lutut, melembapkan bibir untuk melegakan bibir yang retak. Produk ini adalah embut pada kulit, hypoallergenic dan non-comedogenic dan amat sesuai untuk kekeringan kulit, kegatalan kulit, keretakkan bibir dan juga ruam lampin bayi.

HS Petroleum Jelly with Vitamin E 90g

HS Petroleum Jelly with Vitamin E 90g

RM10.90

HS Petroleum Jelly adalah jeli petroleum yang diperkaya dengan minyak zaitun yang membentuk penghalang pada kulit untuk menutup hidrasi, memberikan perlindungan dan memberi khasiat kepada kulit. Emolien pelembap dan menenangkan ini memberikan kelegaan kepada kulit, bibir dan tangan yang kering untuk mengembalikan semula keadaan sihat semula jadi kulit. Kandungan vitamin E di dalamnya berfungsi sebagai antioksidan membantu fungsi sel dan kesihatan kulit serta mengurangkan kerosakan UV atas kulit.

Vaseline Deodorant Serum White & Dry 50ml

Vaseline Deodorant Serum White & Dry 50ml

RM28.00

Vaseline Deodorant Serum White & Dry mengandungi gabungan Collagen Booster dan Vitamin E yang berkesan untuk membantu menghentikan pembentukan tanda-tanda gelap yang terbentuk jauh di bawah kulit serta mencerahkan celah-celah ketiak dalam masa 3 hari. Teksturnya ringan menyerap dengan cepat dan kering dengan cepat tanpa meninggalkan kesan yang melekit. Ia boleh memberikan perlindungan daripada bau dan peluh sehingga 48 jam. Produk ini telah diuji secara dermatologi dan dikenali selamat kepada kulit kerana ia tidak mengandungi alkohol dan paraben.

Rexona Invisible Dry Black + White Roll-on Antiperspirant Deodorant 50ml

Rexona Invisible Dry Black + White Roll-on Antiperspirant Deodorant 50ml

RM5.50

Rexona Invisible Dry & White adalah deodoran dengan aroma yang segar dan rasa yang bersih. Ia membantu melawan peluh dan bau sehingga 48 jam. Produk ini memberi perlindungan terbaik dari noda ketiak dengan teknologi MotionSenseTM Microcapsules bertapak di atas kulit dan akan berpecah dengan geseran untuk membebaskan aroma yang segar. Formulanya memberikan rasa yang kering dan segar sepanjang hari tanpa meninggalkan kesan kekuningan di atas pakaian anda.

Vaseline Healthy Hand & Nails Lotion 85ml

Vaseline Healthy Hand & Nails Lotion 85ml

RM9.90

Vaseline Healthy Hand & Nails Lotion merupakan krim tangan pelembap kulit untuk memulihkan tangan yang sangat kering. Kandungan formulanya yang cepat menyerap dan tidak berminyak ini menjadikan tangan dan kutikula anda lembut dan halus. Ia mengandungi Keratin dan Stratys-3 ™ untuk melembapkan tangan dan menguatkan kuku dengan mendalam dengan menyemai kelembapan di bahagian atas, teras dan lapisan bawah kulit anda. Kandungannya dimasukkan juga titisan mikro jeli Vaseline® menjadikannya amat sesuai untuk kulit yang sangat kering dan kasar.

Curel Intensive Moisture Care Lotion III Enrich 150ml

Curel Intensive Moisture Care Lotion III Enrich 150ml

RM69.28

Curel Intensive Moisture Care Lotion membantu memulihkan dan mengekalkan kulit anda . Ia mengandungi Ceramide untuk memberikan penghalang kulit serta memastikan kulit anda kuat dan sihat. Kandungannya juga dimasuki ekstrak Eucalyptus yang boleh menembusi jauh ke dalam kulit supaya kerengsaan akibat keretakkan kulit akan dikurangkan menjadikan kulit berasa lembut dan lentur dari dalam. Formulanya dipenuhi kelembapan untuk membantu memperbaiki kulit bertahan kuat terhadap rangsangan luaran. Produk ini bersesuaian untuk kulit yang sensitif dan bebas daripada alkohol, wangian, warna dengan pH yang seimbang.

error: Content is protected !!