Viagra (sildenafil) menenangkan otot pada dinding pembuluh darah dan meningkatkan aliran darah kepada bahagian badan tertentu. Viagra digunakan untuk merawat disfungsi erektil (mati pucuk) di kalangan lelaki.
Jenama lain viagra seperti Revatio digunakan untuk merawat hipertension arterial pulmonari dan mempertingkatkan kapasiti senaman di kalangan lelaki dan wanita.
Kegunaan
Viagra digunakan untuk merawat masalah fungsi seksual (mati pucuk atau disfungsi erektil). Dengan kombinasi stimulasi seksual, viagra berfungsi untuk meningkatkan saluran darah kepada penis untuk membantu lelaki memperolehi erektil.
Ubat ini tidak melindungi seseorang menentang penyakit kelamin (seperti HIV, hepatitis B, gonorrhea, syphilis). Amalkan hubungan kelamin yang selamat dengan menggunakan kondom. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan informasi lanjut.
Cara menggunakannya
Untuk merawat disfungsi erektil, ambil ubat ini secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda, selalu apabila diperlukan.
Ambil viagra sekurang – kurangnya 30 minit, tetapi tidak lebih daripada 4 jam, sebelum melakukan persetubuhan (1 jam sebelum adalah lebih efektif). Jangan ambil lebih daripada sekali sehari.
Hidangan tinggi lemak mungkin melambatkan seberapa cepat ubat tersebut mula berfungsi.
Langkah Berjaga – Jaga dan Amaran Penggunaan
Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini atau berbahaya apabila menggunakan Viagra. Beritahu doktor anda tentang semua ubat yang anda ambil terutama riociguat (Adempas) dan nitrates.
Jangan ambil viagra jika anda juga mengambil ubat nitrate untuk sakit dada atau masalah jantng terutama nitroglycerin, isosorbide dinitrate, isosorbide mononitrate, dan sesetengah ubat rekreasi seperti ‘poppers’. Mengambil viagra bersama dengan ubat nitrate boleh menyebabkan tekanan darah menurun dengan serius dan tiba – tiba.
Hubungi doktor anda atau dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika ereksi adalah menyakitkan atau bertahan lebih lama daripada 4 jam. Ereksi berpanjangan (priapism) boleh merosakkan penis.
Berhenti menggunakan Viagra dan dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda tiba – tiba anda mengalami hilang penglihatan.
Kesan Sampingan
Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami tanda – tanda reaksi alergik seperti : ruam, kesukaran bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.
Berhenti mengambil viagra dan dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyainya :
- Simptom serangan jantung – sakit atau tekanan pada dada, sakit yang merebak sehingga rahang dan bahu anda, mual, berpeluh – peluh
- Perubahan penglihatan atau hilang penglihatan tiba – tiba
- Ereksi yang menyakitkan atau tahan lebih lama daripada 4 jam (ereksi berlanjutan boleh merosakkan penis)
Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami :
- Sesak nafas yang teruk, batuk dengan kahak berbuih
- Degupan jantung yang tak stabil
- Bengkak pada tangan, buku lali atau kaki anda
- Sawan
- Pening – pening lalat (anda seolah – olah mungkin akan pengsan)
Kesan sampingan biasa yang mungkin berlaku :
- Kemerahan (bahang, kemerahan atau rasa geli)
- Hingus meleleh atau hidung tersumbat, hidung berdarah
- Masalah tidur (insomnia)
- Sakit otot, sakit belakang
- Sakit perut
Ini bukannya senarai lengkap kesan sampingan dan lain – lain yang mungkin berlaku. Hubungi doktor anda untuk nasihat perubatan berkaitan tentang kesan sampingan.
Interaksi
Interaksi ubat mungkin mengubah bagaimana ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan. Artikle ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat.
Simpan semua senarai produk yang anda gunakan (termasuklah ubat preskripsi atau bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan ia dengan doktor dan ahli farmasi anda.
Jangan mulakan, hentikan atau ubah dos mana – mana ubat anda tanpa kebenaran daripada doktor anda. Produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah riociguat.
Viagra boleh menyebabkan penurunan tekanan darah yang serius apabila menggunakan nitrate. Penurunan tekanan darah yang serius boleh menyebabkan pening kepala, pengsan dan serangan jantung dan strok yang jarang berlaku.
Jangan gunakan viagra bersama dengan ubat lain yang digunakan untuk merawat : sakit dada atau angina (nitrate seperti nitroglycerin, isosorbide), ubat rekreasi yang dipanggil ‘popper’ yang mengandungi amyl nitrate, amyl nitrite, atau butyl nitrite.
Jika anda juga mengambil ubat alpha blocker (seperti doxazosin, tamsulosin) untuk merawat prostat membesar atau tekanan darah tinggi, tekanan darah tinggi anda mungkin jadi lebih rendah di mana menyebabkan rasa pening atau pengsan.
Doktor anda mungkin memulakan rawatan dengan merendahkan dos viagra anda untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Ubat lain boleh memberi kesan kepada penyingkiran viagra daripada badan, di mana akan memberi kesan bagaimana viagra berfungsi.
Contohnya termasuklah azole antifungals (seperti itraconazole, ketoconazole), macrolide antibiotics (seperti clarithromycin, erythromycin), HIV protease inhibitors (seperti ritonavir, saquinavir), hepatitis C virus protease inhibitors (seperti boceprevir, telaprevir), mifepristone, rifampin dan lain – lain.
Jangan ambil ubat ini dengan produk lain yang mengandungi sildenafil atau ubat lain dengan tujuan yang sama untuk disfungsi erektil atau hipertension pulmonari (seperti tadalafil, vardenafil).
Kontraindikasi
– Nitrates
Konsisten dengan kesan yang diketahui pada nitric oksida / Cgmp Pathway, viagra menunjukkan ia meningkatkan kesan hipotensif nitrate dan penggunaannya pada pesakit yang menggunakan penyumbang nitric oksida seperti nitrate organik atau nitrite organik dalam apa jua bentuk sama ada dengan kerap dan / atau sekali – sekala adalah kontraindikasi.
Selepas pesakit mengambil viagra, ia tidak diketahui bila nitrate diperlukan sama ada selamat untuk digunakan atau tidak. Meskipun tahap plasma sildenafil pada 24 jam dos pasca adalah lebih rendah daripada konstretasi tinggi, ia tidak diketahui sama ada nitrate selamat diambil bersama pada waktu ini.
– Reaksi Hipersensitif
Viagra dikontraindikasikan pada pesakit yang diketahui hipersensitif terhadap sildenafil, memandangkan ia mengandungi viagra dan revatio atau komponen tablet lain. Reaksi hipersensitif mungkin dilaporkan termasuklah ruam dan gegata (urtikaria).
– Concomitant Guanylate Cyclase (GC) Stimulators
Jangan gunakan viagra pada pesakit yang menggunakan GC stimulator seperti riociguat. PDE5 inhibitor seperti biagra mungkin meningkatkan kesan hipotensif GC stimulator.
Dos
– Informasi dos
Kebanyakan pesakit disarankan mengambil dos sebanyak 50 mg, seperti diperlukan, dalam anggaran 1 jam sebelum bersetubuh. Namun begitu, viagra mungkin boleh diambil bila – bila masa daripada 30 minit sehingga 4 jam sebelum bersetubuh.
Kekerapan dos maksimum yang disarankan adalah sekali setiap hari. Berdasarkan keberkesanannya dan toleransi, dos mungkin ditingkatkan kepada dos saranan maksimum 100 mg atau direndahkan dos kepada 25 mg.
SUMBER
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-7417/viagra-oral/details