Vitamin C Shaklee menggunakan konsep time release iaitu tablet tersebut digunakan oleh tubuh badan kita secara perlahan apabila dimakan.
Tablet ini berbeza dengan kapsul biasa kerana bahan-bahan yang diletakkan di dalam tablet ini dikeluarkan secara perlahan-lahan untuk digunakan oleh badan kita. Sangat berbeza bukan? Kalau tablet biasa, Vitamin C tersebut akan larut dan terus memasuki sistem tubuh badan kita.
Kelebihan Vitamin C Shaklee untuk anda
Seperti yang diperkatakan tadi, Vitamin C ini selalunya diselaputi oleh lapisan khas. Lapisan ini selalunya terdapat di permukaan tablet ini. Apabila kita mengambil Vitamin C ini, selalunya cecair dari badan kita seperti air liur atau asid perut akan melarutkan tablet ini secara perlahan-lahan dalam beberapa jam.
Kelebihannya ialah, tablet ini tidak akan digunakan secara terus oleh tubuh badan anda. Selalunya, apabila badan kita mengambil makanan tambahan seperti Vitamin C biasa secara sekaligus. Hanya peratusan kecil sahaja yang digunakan oleh badan kita.
Kebanyakan atau majoriti daripada makanan tambahan ini tadi dikeluarkan balik oleh badan kita melalui sistem perkumuhan. Semestinya, perkara ini kurang berkesan untuk badan kita bukan? Vitamin C yang kita beli rupa-rupanya banyak terbuang begitu sahaja.
Disebabkan itu, Vitamin C Shaklee ini sebenarnya sangat sesuai untuk anda. Badan anda akan sentiasa menerima bekalan vitamin C yang stabil. Bukannya hanya satu dos makanan tambahan dan lebihannya di buang begitu sahaja.
Perbezaan Produk ini dengan yang lain
Seperti yang ramai ketahui, Vitamin C merupakan sejenis antioksida dan anti-jangkitan. Vitamin C ini sangatlah diperlukan oleh sistem imunisasi badan kita terutamanya dalam perang melawan jangkitan. Tetapi, ramai yang tidak mengetahui bahawa badan kita ini turut boleh membuang Vitamin C dengan sangat pantas.
Disebabkan itu, lebih baik untuk kita mengambil Vitamin C secara berterusan. Kalau nak diberbanding dengan jenama yang lain, Vitamin C seperti yang dikeluarkan oleh jenama Shaklee ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Teknologi time-release ini sebenarnya bagus dalam mengurangkan kesan sampingan akibat daripada pengambilan Vitamin C. Disebabkan Vitamin C ini dikeluarkan secara perlahan-lahan ketika diambil, kesan sampingan umum seperti cirit-birit dan rasa kurang selesa pada perut dapat dielakkan.
Selain itu, bahan bioflavonoid juga turut dimasukkan ke dalam produk Shaklee ini. Bahan ini terbukti dalam meningkatkan kadar penyerapan vitamin C dan juga boleh melancarkan peredaran darah. Bioflavonoid juga berpotensi dalam mengurangkan tekanan darah yang tinggi dan risiko penyakit strok.
Alternatif Lain Shaklee Vitamin C dengan Time-release
Kordel’s Ester C 1000mg + Bioflavonoids
- Mendorong penyerapan pantas dan melambatkan perkumuhan asid askorbik.
- Meningkatkan kadar ascorbate sel darah putih.
- Tahap kepekatan darah yang dipertahankan adalah 2 kali lebih besar daripada asid askorbik.
- Berkesan untuk mengekalkan tahap ascorbate.
Blackmores Sustained C Release
- Secara beransur-ansur membekalkan vitamin C sepanjang hari untuk mengurangkan keparahan dan jangka masa gejala selesema biasa
- Dirumuskan secara khusus untuk dilepaskan secara perlahan dalam jangka masa 8 jam yang berterusan, memastikan bahawa vitamin C tersedia ketika tubuh anda memerlukannya
- Formulasi dirumus dengan mineral ascorbate menjadikannya sesuai pada perut berbanding dengan asid askorbik sahaja
Flavettes Vitamin C with Calcium Time Release 1000mg
- Perlindungan berterusan terhadap kekurangan sistem imun
- Vitamin C kekal di dalam badan selama minimum 8 jam sehingga penyerapan Vitamin C secara optimum ke dalam sistem darah
- Lembut pada perut
- Tidak merosakkan gigi anda
Cara Lain Untuk Dapatkan Vitamin C
Antara makanan yang mengandungi vitamin C:
- Buah-buahan sitrus seperti oren dan jus oren
- Stroberi
- Brokoli
- Kentang
- Jambu batu
- Blackcurrant
- Lemon
- Laici
- Betik
Vitamin C Shaklee ini direka khas untuk mengeluarkan vitamin c secara berterusan dalam tempoh masa 6 jam! Dengan ramuannya yang bebas gula. Anda boleh mengambil sebiji tablet setiap hari atau anda boleh mendapatkan nasihat doktor anda.