Now Reading
Wardah Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Kecantikan Wajah

Wardah Malaysia dan 5 Alternatif Untuk Kecantikan Wajah

wardah

Produk kecantikan adalah satu keperluan yang amat penting untuk kaum wanita pada masa kini. Oleh itu ia adalah penting untuk memilih produk kecantikan yang mampu milik dan mempunyai kualiti yang bagus supaya is tidak merosakan kulit muka kita yang begitu berharga sekali. Produk kecantikan WARDAH adalah satu contoh yang baik sebagai produk yang berkualiti, halal dan mampu milik. Ia dirumuskan dengan bahan yang bagus dan produk kecantikan Wardah adalah senang dicari di pasaran. Berikut adalah 5 produk wardah yang popular dan alternatifnya.

Wardah Acne Cleanser

WARDAH Acne Cleanser

RM9.40

Pembersih muka ini digunakan untuk menentang jerawat. Ia diformulasikan dengan pelan Dermaspecific yang secara aktifnya membantu kulit anda dalam mencegah jerawat dan bintik hitam muncul semula, dan pada masa yang sama menghaluskan dan mencerahkan kulit anda dari dalam. Produk ini mengandungi BHA, ekstrak 7 jenis tumbuhan, ekstrak willowherb,ekstrak soya, allantoin, ekstrak with hazel,esktrak aloe dan SPF15.

Aiken Tea Tree Oil

Aiken Tea Tree Oil

RM7.90

Pembersih muka ini diformulasikan dengan ekstrak semula jadi tea tree oil (Melaleuca Alternifolia) dari Australia untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi. Produk ini sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Ia membersihkan pori-pori yang tersumbat tanpa membiarkan kulit kering dan tegang selepas dicuci. Dirumus khas untuk mensasarkan kulit berminyak, mengawal bersinar dan memperbaiki liang. Tidak mengandungi triclosan, alkohol, minyak mineral, colorant dan SLS.

Wardah BB Cream

WARDAH Everyday BB Cream

RM19.40

BB krim ini adalah BB Krim 10 in 1. Ia dapat meningkatkan pencerahan kulit dengan Triple Lightening System dan kulit nampak lebih cerah dan sihat dengan serta-merta. Produk ini dapat menyembunyikan ketidaksempurnaan dan warna kulit yang tidak sekata. Ia juga boleh membantu meratakan warna kulit dan tahan lama. BB krim ini juga melembapkan kulit dengan ekstrak lidah buaya, melindungi kulit anda dari Sinaran UV dan mempunyai antioksidan sebagai pelindung dari kerosakan radikal bebas.

silky girl bb cream

Silkygirl Magic BB Cream

RM15.90

Krim Magic BB ini adalah produk semua dalam satu yang berfungsi sebagai pelembap, asas solekan, concealer dan foundation yang dilengkapi dengan perlindungan cahaya matahari. Produk ini mengandungi asid Hyaluronik untuk mengelakkan kewujudan garis halus dan Vitamin E untuk melawan radikal bebas di kulit muka. Krim ini juga mengandungi brightening powder, di mana fungsinya akan membuat kulit kelihatan lebih cerah melalui penggunaan krim BB ini secara berterusan.

wardah lightening day cream

WARDAH Lightening Day Cream SPF 30

RM17.10

Krim pelembap ini ialah untuk kulit yang lebih cerah dan lembut. Ia diperkaya dengan Moist Bright Actives (Licorice, vitamin B3, dan Allantoin) yang dapat membantu mencerahkan dan membuat kulit anda tampak lebih putih. Ia juga mempunyai ekstrak rumput laut dan Allantoin yang membantu untuk mempertahankan kelembaban dan merawat keremajaan kulit anda. Bahan AHA sebagai eksfoliator akan membantu mempercepat proses regenerasi dan memperlambatkan proses pigmentasi kulit. Bahan OMC dan Benzophenone pula akan melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.

garnier day cream

Garnier Day Serum Cream SPF 19

RM20.72

Krim serum ini diformulasikan dengan formula yang baru, mempunyai 3 kali ganda Vitamin C dan Lemon Yuzu Segar dari Jepun. Light Complete Whitening Serum Cream SPF36 membantu meratakan warna kulit dan warna kulit yang akan tampak lebih cerah. Anda boleh mencapai 3 warna lebih cerah dalam 3 hari dengan penggunaan yang konsisten. Krim serum ini mempunyai tekstur yang ringan dan penyerapan yang cepat, dengan formula perlindungan cahaya matahari SPF36.

wardah matte lipstick

WARDAH Instaperfect Mattitude Matte Lipstick

RM27.90

Gincu Wardah Instaperfect matte lipstick adalah gincu yang dapat memberikan kesan matte pada bibir anda hanya dengan satu aplikasi. Ia juga dapat memberikan penampilan akhir instant stain yang sangat matte, dan tidak menjadikan bibir kering, serta ia selesa digunakan. Ia kemudian memberikan warna yang gelap dengan serta-merta dan dapat bertahan hingga 10 jam untuk setiap penggunaan. Gincu ini boleh didapati dalam 5 warna yang berlainan mengikut kesesuaian anda.

Loreal Matte Lipstick

Loreal Colour Riche Matte Lipstick

RM37.91

Gincu ini mempunyai tekstur lembut dan berkrim. Anda boleh manjakan diri dengan gincu formula matte yang halus dan tahan lama. Gincu ini mempunyai minyak jojoba dan canina, capai bibir matte yang anda inginkan tanpa mengeringkan bibir. Gincu ini mempunyai 14 warna untuk pilihan anda untuk apa sahaja majlis yang anda hadiri. Ia juga mempunyai wajah baru dan bungkusan yang baru.

Wardah micellar water

WARDAH Seaweed Cleansing Micellar Water

RM20.40

Pencuci muka ini tidak perlu dibilas apabila digunakan untuk membersihkan wajah anda. Produk ini akan membersihkan solekan dan kotoran dari kulit dengan lembut dan diformulasikan dengan formula pelbagai fungsi yang akan membersihkan kulit dengan efektif tanpa membiarkan kulit terasa berminyak dan biocleansing aktif dari minyak zaitun, yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga mengandungi ekstrak rumpai laut dan timun, dikenali untuk memulihkan dan membaiki keadaan kulit anda.

safi micellar water

Safi Micellar Water Cucumber

RM9.90

Safi Micellar adalah rangkaian penanggal solek semula jadi yang dikembangkan oleh SRI (Safi Research Institute). Rumusannya diuji secara saintifik agar tidak menyegat mata dan dapat menanggalkan solekan anda dengan mudah dan efektif. Pembersih muka ini diformulasikan dengan teknologi air micellar dan 100% bahan aktif timun asli, micellar water ini dapat membantu untuk menanggalkan solek pada muka anda dan kekotoran dengan hanya 1 sapuan. Produk ini adalah sesuai untuk kulit halus & normal.

error: Content is protected !!