Warung Pok Nong Wajib Singgah. Ia adalah destinasi santai petang yang wajib anda kunjungi jika anda berada di negeri pantai timur.
Warung ini terletak di daerah Kuala Terengganu yang mana merupakan ibu negeri bagi negeri pantai timur iaitu negeri Terengganu, Malaysia.
Budaya pemakanan di sini tidak berlaku asimilasi pemakanan dengan budaya makanan lain kerana di daerah hanya dipengaruhi oleh pengaruh budaya melayu-muslim. Jadi tidak susah untuk anda mencari makanan halal dan murah di sini.
Ikan celup tepung
Kuala Terengganu sangat popular dengan sajian tradisional masyarakat tempatan iaitu ikan celup tepung.
Anda mungkin berasa pelik dan mula membayangkan bagaimana cara mahu makan ikan yang di celup dalam tepung. Masyarakat tempatan memanggil ikan celup tepung kerana ikan itu di salut dengan bancuhan tepung dan rempah sebelum di goreng seperti pisang goreng dalam minyak panas.
Ia sangat sedap di makan panas-panas dicicah pula dengan air lada yang pekat atau dikenali dengan nama colek.
Selain daripada sajian ikan kembung celup tepung, warung ini menyajikan banyak pilihan makanan laut seperti udang, sotong dan ikan pari .
Ramai pelanggan memilih udang celup tepung kerana rasanya yang sangat sedap dan membuat pelanggan ketagih untuk memakannya. Udang yang di sajikan sangat segar dan rasanya amat manis. Tekstur salutan tepung udang sangat renyah dan tidak berbau.
Untuk sajian sotong celup tepung ,gunting besar akan disediakan bagi memudahkan anda untuk memotong kecil-kecil sebelum makan.
Selain itu, menu makanan santai orang Terengganu juga di sediakan iaitu ketupat sotong, pulut mangga dan durian dan keropok lekor.
Selain makanan laut, minuman air kelapa dan air jagung juga disajikan, masyarakat Terengganu amat menyukai dan menggemari ‘jagung parut’ atau hidangan ais hancur yang diletakkan dengan manisan jagung.
Ais parut juga dipanggil ABC oleh masyarakat luar Terengganu. Istimewanya, ABC berperisa jagung merupakan minuman santai kegemaran orang Terengganu selain daripada air kelapa muda.
Apa yang boleh dikatakan bahawa semua sajian makanan laut Warung Pok Nong sangat sempurna dan sangat istimewa yang membuat kan anda sukar untuk menjumpai dan menikmati di restoran lain.
Warung Pok Nong destinasi makan petang yang santai
Warung Pok Nong merupakan pilihan tepat dan sangat sesuai untuk pelancong yang ingin bercuti di Kuala Terengganu . Jika anda inginkan satu destinasi makan petang yang santai di tepi pantai dan makanan sedap.
Anda perlu memilih warung ini kerana ia adalah satu-satunya tempat yang menyajikan sajian ikan celup tepung yang sedap dan rangup.
Ia terletak betul-betul berdekatan dengan lapangan terbang, apabila tibanya anda ke Kuala Terengganu, jika anda menaiki kapal terbang ,anda boleh langsung ke Warung Pok Nong.
Jika anda memandu daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud, ia mengambil masa dalam 15 hingga 20 minit. Sekejap bukan?.
Makanan laut yang di masak di sini adalah daripada sumber sangat segar dan baru kerana warung ini terletak di tepi laut. Apa yang pasti, makanan tersebut akan di saji dan dihidangkan panas-panas untuk anda.
Tambahan pula, pemandangan di pantai ini sangat indah dan mengasyikkan pada waktu pagi dan malam. Apabila tiba waktu petang ,keadaan di tepian pantai semakin padat dengan masyarakat tempatan yang membawa keluarga untuk beriadah dan melihat kecantikan ciptaan tuhan.
Sebahagian masyarakat tempatan datang berkunjung ke sini untuk membeli makanan petang yang di jual berdekatan terutama Warung Pok Nong.
Yang paling uniknya warung ini adalah setiap hari warung ini tak pernah sunyi dek ramai yang beratur menunggu giliran terutama pada hari cuti untuk menikmati ikan celup tepung segar Warung Pok Nong. Untuk mengelakkan kesesakan orang ,anda boleh datang segera. Makanlah sepuas-puasnya.
Sambil- sambil anda menghirup bayu segar Laut China Selatan, anda perlu mengambil peluang sehabis mungkin untuk merasai betapa lazatnya makanan laut yang digoreng segar-segar khususnya di warung ini di Kuala Terengganu . Apa yang pasti Warung Pok Nong adalah pilihan terbaik bagi peminat ikan celup tepung.
Harga makanan laut di Warung Pok Nong
Harga makanan laut di Warung Pok Nong berubah mengikut harga semasa.
Anggaran harga dan kos yang diberikan adalah:
RM 17 bagi seekor sotong celup tepung (harga berdasarkan saiz udang yang di ambil)
RM 11 untuk 6 ekor udang celup tepung
RM 5 untuk seekor ikan kembung celup tepung
RM 3 untuk semangkuk air batu campur atau air batu jagung
RM 3 untuk secawan air kelapa
Harga makanan laut sentiasa berubah-berubah mengikut harga pasaran yang ditetapkan.
Informasi dan maklumat tambahan:
Jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang Warung Pok Nong, anda boleh ’Waze’, ‘Google Maps’ atau hubungi nombor seperti yang tertera di bawah:
Warung Pok Nong
Jalan Pantai, A1693,
T145, Kampung Teliput,
21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Masa pembukaan bermula jam 3.30pm sehingga jam 8.00pm
Kesimpulannya, Warung Pok Nong adalah tempat yang wajib anda lawati jika anda ke Kuala Terengganu. Makanan segar terus dari laut. Bukan setakat kaum melayu yang gemarkan ikan celup tepung, kaum lain seperti Cina Dan India pun suka.
Tidak hairanlah jika makanan boleh menyatukan dan merapatkan jurang di antara sesama kita semua yang hidup berbilang kaum. Kita juga amat bertuah kerana setiap negeri di Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri apabila berkaitan dengan budaya makanan.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci tentang tempat-tempat makan lain selain Warung Pok Nong di Kuala Terengganu, jangan lupa teruskan membaca di laman sesawang kami.
Sumber:
https://www.ceritahuda.com/2019/07/puas-hati-dapat-makan-sotong-celup.html