Pada zaman teknologi ini, semua orang yang mempunyai telefon pintar pasti menggunakan aplikasi WhatsApp. Namu, aplikasi WhatsApp ini tidaklah terhad untuk digunakan pada telefon pintar sahaja, malah ia juga boleh digunakan pada komputer ataupun desktop anda. Aplikasi ini dikenali sebagai WhatsApp Web.
Kewujudan aplikasi WhatsApp Web ini sememangnya memudahkan urusan anda yang sering perlu menggunakan WhatsApp sewaktu bekerja. Dengan adanya aplikasi ini, tidak perlulah anda kelam kabut semak WhatsApp di telefon anda, buka saja WhatsApp Web di desktop! Mudah kan?
Dengan penggunaan WhatsApp Web ini, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenainya. Jadi, mari baca artikel yang kami sediakan untuk anda seperti di bawah.
Apa Itu WhatsApp Web?
WhatsApp Web adalah versi desktop bagi aplikasi WhatsApp yang dilancarkan pada 21 Januari 2015 untuk pengguna Android, Blackberry, dan Windows sahaja.
Tetapi kemudian syarikat gergasi itu melancarkan WhatsApp untuk pengguna iOS dan juga Nokia. Dengan adanya WhatsApp Web, anda kini dapat menggunakan aplikasi WhatsApp anda pada komputer dan juga komputer riba.
Dengan hanya menggunakan penyemak imbas menerusi WhatsApp pada telefon pintar anda, anda sudah boleh menggunakan WhatsApp Web. Jadi, anda tidak perlu lagi memuat turun aplikasi ini pada komputer anda jika anda tidak mahu berbuat demikian.
Aplikasi ini menyambung nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan untuk WhatsApp secara automatik melalui penyemak imbas. Jadi, anda tidak perlu log masuk ataupun membuat pendaftaran baharu.
Secara ringkasnya, WhatsApp Web membolehkan anda menyambungkan segala mesej dalam aplikasi WhatsApp anda di telefon pintar ke komputer riba ataupun desktop anda.
Sekiranya anda menggunakan WhatsApp Web di komputer riba dan menyambungkan komputer riba anda dengan WiFi, dan telefon anda dengan data mudah alih, anda akan mendapat sambungan secara terus kepada mesej-mesej anda.
Namun, sekiranya anda mematikan sambungan WiFi anda pada komputer riba ataupun data mudah alih pada telefon bimbit anda, maka sambungan anda kepada WhatsApp juga akan ditutup.
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai WhatsApp Web
Penggunaan WhatsApp Web memang memudahkan urusan seharian anda. Tetapi, tahukah anda bahawa ada 10 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai WhatsApp Web ini?
1. Hanya boleh digunakan di Google Chrome sahaja
Siapa yang tak tahu mengenai Google Chrome kan? Google Chrome adalah laman carian terbesar di dunia. Oleh itu, anda hanya boleh menggunakan WhatsApp Web melalui Google Chrome sahaja.
Setakat ini, jika anda ingin mengakses WhatsApp Web, ia hanya akan berfungsi di Google Chrome dan hanya dari komputer atau komputer riba sahaja.
Sekiranya anda menggunakan Google Chrome di tablet atau telefon bimbit anda, ia tidak akan berfungsi dan anda tidak akan dapat mengakses WhatsApp Web anda.
2. Perlu kemaskini WhatsApp di telefon pintar sebelum menggunakan WhatsApp Web
Disebabkan WhatsApp Web ini adalah sambungan secara langsung melalui telefon bimbit atau telefon pintar anda, maka seharusnya anda memastikan aplikasi WhatsApp anda yang berada pada telefon pintar anda telah dikemaskini.
Agar ciri WhatsApp Web ini berfungsi, anda perlu mengemas kini WhatsApp di telefon anda ke versi yang terbaru dari kedai aplikasi masing-masing seperti Huawei AppGallery ataupun Google Playstore. Ini bergantung kepada jenis model telefon pintar anda.
Hanya apabila anda telah mengemaskini aplikasi WhatsApp anda kepada versi yang terbaru, barulah anda akan dapat melihat pilihan WhatsApp Web yang baru di menu dalam aplikasi anda.
3. Hanya boleh digunakan oleh pengguna sedia ada sahaja
Untuk menggunakan WhatsApp Web, anda mestilah menjadi pengguna WhatsApp yang sedia ada dan telahpun bedaftar dengan akaun yang masih aktif.
Anda tidak boleh mendaftar untuk akaun WhatsApp dari web. Akaun WhatsApp mesti didaftar melalui telefon pintar dan seterusnya hanya disambungkan secara terus kepada WhatsApp Web.
Seterusnya, ia juga hanya berfungsi dengan WhatsApp yang dipasang pada telefon jenis Android, Blackberry, Windows Phone dan S60. Walaubagaimanapun, untuk pengguna IOS, penggunaan WhatsApp Web disekat kerana batasan yang ditetapkan oleh Apple.
4. Tiada siapa akan tahu mengenai privasi mesej anda
Sekiranya anda menggunakan aplikasi apa sekalipun, yang penting mestilah anda tak mahu orang lain atau pengguna luar tahu akan isi mesej peribadi anda, bukan?
Denagn WhatsApp Web, anda tidak perlu risau. Ini kerana sama ada anda menaip mesej di WhatsApp dari telefon atau dari desktop anda, semuanya tetap sama. Tiada siapa yang boleh membaca mesej anda sekiranya anda menggunakan web.
Selain itu, disebabkan ia sama dengan aplikasi di telefon, anda masih akan mendapat tanda semak berganda yang sama sekiranya mesej anda berjaya dihantar dan tanda tersebut masih akan bertukar menjadi biru apabila mesej anda telah dibaca oleh penerima.
5. Tidak dapat digunakan tanpa sambungan internet pada telefon pintar
Zaman teknologi kini, semua benda memerlukan sambungan internet. Oleh kerana WhatsApp memerlukan sambungan internet melalui WiFi atau data mudah alih, maka ia akan memberi kesan kepada versi web sekiranya telefon pintar anda kehilangan sambungan data.
Sekiranya tiada capaian data pada telefon pintar anda, anda tidak akan dapat menggunakan WhatsApp Web walaupun komputer riba atau desktop anda mempunyai sambungan WiFi.
Oleh itu, anda perlu sentiasa memastikan sambungan internet pada telefon pintar anda sentiasa ada. Barulah anda boleh menyambungnya kepada versi web dan menggunakannya seperti biasa.
6. Lampiran berfungsi dengan dua cara
Anda masih boleh menghantar apa-apa lampiran dari komputer dan komputer riba anda, sekiranya lampiran yang ingin dihantar adalah gambar.
Anda juga masih boleh melihat semua lampiran yang dihantar oleh orang lain dalam WhatsApp anda. Sekiranya komputer riba atau komputer anda dilengkapi dengan webcam, anda juga boleh menggunakannya untuk mengambil gambar dan menghantarnya sebagai lampiran.
Walaubagaimanapun, penggunaan webcam untuk merekod video dan menghantar video sebagai lampiran masih belum disokong oleh WhatsApp Web.
7. Penggunaan WhatsApp Web adalah bersifat sementara
Usai saja menggunakan komputer, anda pasti akan menutup komputer dan ini termasuklah aplikasi carian Google Chrome anda, kan? Jadi, oleh kerana ini, penggunaan WhatsApp versi web ini adalah bersifat sementara.
Ini bermakna tiada apa yang disimpan di komputer riba anda. Anda boleh melihat lampiran tetapi hanya jika anda memuat turunnya ke dalam komputer anda ataupun memuat turun di dalam aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda.
Idea utama di sebalik penggunaan versi web ini adalah supaya anda boleh menggunakannya semasa menggunakan komputer tanpa perlu menukar peranti mudah alih anda dan memudahkan urusan anda penggunaan WhatsApp semasa menggunakan komputer.
8. Tidak semua ciri-ciri pada aplikasi ada pada WhatsApp Web
Terdapat beberapa perbezaan pada aplikasi WhatsApp di telefon pintar dan juga WhatsApp pada versi web. Antaranya adalah ada beberapa ciri pada aplikasi WhatsApp yang tidak tersedia pada WhatsApp Web.
Sebagai contoh, pada WhatsApp Web. anda tidak boleh memadam mesej yang telah dihantar dan anda juga tidak boleh kirimkan mesej menggunakan butang forward.
Selain itu, anda juga tidak boleh mencipta kumpulan baharu ataupun meninggalkan kumpulan sedia ada menggunakan WhatsApp Web.
Oleh itu, untuk menggunakan ciri-ciri tersebut, anda perlulah menggunakan aplikasi WhatsApp yang sedia ada di dalam telefon pintar anda.
Kesimpulannya, kemajuan teknologi pada masa kini banyak memudahkan urusan harian kita. Pelbagai jenis aplikasi yang dicipta saban hari untuk penggunaan di dalam telefon pintar dan juga pada web seperti WhatsApp dan WhatsApp web.
Oleh itu, kita haruslah menggunakan kemajuan teknologi ini dengan sebaik mungkin dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan-tujuan yang salah. Gunakanlah semua teknologi masa kini hanya untuk memudahkan urusan harian anda sahaja.
Sumber
https://www.india.com/technology/what-is-whatsapp-web-and-how-to-use-it-4090863/
https://www.digitaltrends.com/mobile/how-to-use-whatsapp-web/