Xiaomi Malaysia telah meluncurkan produknya secara rasmi di negara ini pada 19 Mei 2014. Namun, pada awal peluncurannya rakyat Malaysia tidak mengetahui tentang syarikat China tersebut.
Maka, di sini anda akan mengenali berkenaan syarikat Xiaomi secara mendalam. Xiaomi ditubuhkan pada 6 April 2010 di Beijing, China. Xiaomi tidak hanya menjual barangan elektronik tetapi menjual ‘hardware’, ‘software’ dan servis.
Xiaomi mempunyai beribu pejabat di Beijing. Xiaomi membuat dan melabur dalam telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, dan elektronik pengguna yang berkaitan. Xiaomi meluncurkan produk pertamanya pada bulan Ogos 2011 dan dengan pantas mendapat bahagian dalam pasaran di China.
Terdapat 8 pengasas Xiaomi iaitu Lei Jun, Lin Bin, Li Wanqiang, Zhou Guangping, Huang Jianji, Hong Feng, Wang Chuan dan Liu De. Sesetengah antara mereka merupakan pekerja di Google, Microsoft dan Motorola.
Hugo Barra merupakan Naib Presiden Pengurusan Produk Android meninggalkan Google dan menyertai Xiaomi ada Ogos 2013 sebagai Naib Presiden Xiaomi Global.
Setakat ini, syarikat ini mempunyai 4,000 pekerja di seluruh dunia dan bernilai sekitar 10 bilion Dolar Amerika Syarikat. Xiaomi kini bukanlah syarikat ‘shanzai’ China. Xiaomi bermaksud millet dalam bahasa Cina. Logo Xiaomi yang bertulis ‘Mi’ bermaksud ‘Mobile Internet’.
Malah, ‘Mi’ juga membawa maksud ‘Mission Impossible’ kerana Xiaomi telah berhadapan dengan pelbagai jenis situasi dan masalah namun masih tidak dapat mematahkan tekad dan matlamat di awal penubuhan mereka.
Sekiranya logo diterbalikkan, logo tersebut akan membentuk karakter tulisan Cina yang membawa maksud mereka melakukan sesuatu atau produk dengan sepenuh hati. Malah, maksud Xiaomi juga adalah mereka inginkan pelanggan mereka agar tidak terlalu risau.
XIaomi di Malaysia
Pada permulaan peluncuran Xiaomi di Malaysia, jenama ini hanya menjual 2 produk sahaja iaitu telefon pintar Mi 3 Android pada harga RM 889.00 dan Mi Power Bank pada harga RM 36.00.
Namun, pada 20 Mei 2014, Xiaomi Malaysia berjaya menghabiskan kesemua 4000 unit Mi 3 dan 5000 unit power bank dalam masa hanya 17 minit sahaja. 6000 unit Mi 3 dan 5000 Mi power bank seterusnya berjaya dihabiskan stoknya pada 28 Mei 2014 dalam masa hanya 15 minit sahaja.
Xiaomi juga turut menyatakan bahawa mereka sedang berusaha keras untuk membawa pelbagai jenis produk jenamanya ke negara ini. Antara produk yang mungkin menarik perhatian anda adalah;
- Redmi Note – 5.5 inci Andorid Tablet
- Mi Pad – 7.9 inci Android Tablet dengn paparan Retina dan NVIDIA Tegra K1 processor
- Mi TV 2 – 49 inci 4K televisyen pintar dengan Soundbar dan Subwoofer tanpa wayar
- Mi Box Pro – set televisyen pertama dunia yang menyokong resolusi 4K
- Mi Wi-Fi – Router tanpa wayar dengan 1TB Hard Drive
- Mi Wi-Fi Mini – Router tanpa wayar yang kelihatan seperti Apple Magic Trackpad
- Mi Earphone – Earphone berkualiti tinggi
Sekiranya anda berminat untuk membeli barangan Xiaomi Malaysia, anda boleh ke kedai peralatan elektronik berdekatan. Tetapi, dalam situasi pandemik kini, anda boleh juga melakukan pembelian secara dalam talian dengan melayari www.mi.com/my .
SUMBER: