Now Reading
Ya atau Tidak: Bolehkah telur pecah dimakan?

Ya atau Tidak: Bolehkah telur pecah dimakan?

telur pecah

Apabila anda terbeli telur pecah walau hanya lubang yang kecil selalu menjadi persoalan sama anda boleh dimakan atau tidak. Baru-baru ini, media sosial kecoh apabila ada pihak yang memuat naik gambar telur yang sudah dipecahkan dijual dalam plastik sahaja. Rupanya, kaedah ini bukanlah suatu yang asing dan jauh lebih murah berbanding membeli telur yang sempurna.

Persoalannya sekarang, adakah ia selamat untuk dimakan?

Fakta mengenai telur

Biasanya, anda pasti tidak mahu mengambil tahu berkenaan telur dengan lebih lanjut bukan? Namun, jika anda terbaca artikel berkenaan telur pecah yang dijual dalam plastik itu, pastinya anda ingin mengetahui kebenarannya.

Mari ketahui beberapa fakta tentang telur seperti:

  • Setiap paket telur mempunyai tarikh luputnya sendiri (boleh dilihat pada pembungkusannya).
  • Telur harus dijauhkan daripada makanan yang berbau kuat kerana telur boleh menyerap bau.
  • Telur harus diletakkan di tempat yang redup kerana perubahan suhu boleh menyebabkan telur putih mencair.
  • Elakkan memasak telur yang mempunyai kulit retak atau bau tidak sedap kerana ia mungkin sudah tercemar.

Apakah pandangan pihak yang lebih arif?

Menurut ‘Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan’ di Facebook mengatakah bahawa telur pecah mungkin boleh tercemar dengan bahan asing terutamanya bakteria salmonella. Kita tidak tahu apa yang yang memasuki telur pecah itu semasa ia dipecahkan atau dibungkuskan.

Bakteria salmonella ini berbahaya kerana ia merupakan penyebab utama berlakunya keracunan makanan dan boleh mengancam nyawa terutama bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti ibu mengandung, warga tua dan golongan kanak-kanak.

Jadi, bolehkah ia diambil?

Persoalan ini tidak boleh dijawab secara tepat kerana ia mengikut pilihan masing-masing. Sekiranya anda tidak mahu menjadi mangsa pada kesan buruk yang mungkin berlaku setelah memakannya, elakkan daripada membelinya telur pecah yang diletakkan ke dalam plastik. Beli telur yang sempurna di kedai runcit mahupun pasaraya untuk mengurangkan risiko tersebut.

Namun, bagaimana jika anda tidak mampu membeli telur yang sempurna kerana faktor kewangan yang tidak mengizinkan? Sekiranya anda terdesak kerana kesempitan wang, pastikan anda tahu bagaimana telur itu diproses sebelum dibungkus ke dalam plastik. Ambil tahu berapa lama telur itu sudah dipecahkan kerana jika ianya masih baru, mungkin ia masih belum terjejas dengan bakteria atau bahan asing lain.

SUMBER

https://www.mingguanwanita.my/jangan-sampai-termakan-telur-luput-tarikh-ketahui-cara-simpan-masih-segarkah-selamat-dimasak/

https://www.facebook.com/BKKMJKWPL/posts/2691516630968443

error: Content is protected !!