Yayasan Sarawak merupakan satu badan berkanun yang diletakkan dibawah kawalan kuasa oleh Kerajaan Negeri Sarawak sejak tahun 1971 lagi. Yayasan Sarawak ini ditubuhkan untuk meningkatkan standard pendidikan di negeri Sarawak dan menggalakkan lagi penglibatan serta kejayaan anak Sarawak di dalam bidang pendidikan.
Menurut sejarah penubuhan yayasan ini, Yayasan Sarawak ditubuhkan di bawah Ordinan Yayasan Sarawak 197 d mana pada masa tersebut negeri Sarawak sedang diterajui oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub.
Datuk Amar Abang Haji Yusuf Puteh yang menggalas jawatan sebagai Setiausaha Negeri pada waktu tersebut juga telah dilantik sebagai Setiausaha pertama Yayasan Sarawak.
Kini, Yayasan Sarawak diterajui sendiri oleh YAB Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari selaku Pengerusi yang juga merangkap Ketua Menteri Sarawak. Belia dibantu oleh YBHG. Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki yang turut menggalas tanggungjawab sebagai Penolong Setiausaha Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi). Yayasan Sarawak juga turut diketuai olah Ybrs. Tuan Haji Mersal Bin Abang Rosli yang juga menggalas jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Yayasan Sarawak dan merangkap tugasnya sebagai Pengarah Yayasan Sarawak. Bersama mereka pula ada enam orang ahli jawatankuasa Lembaga iaitu Ybhg Datu Dr. Haji Wang Lizozman Bin Haji Wan Omar (Setiausaha Kewangan Negeri), Ybhg. Datu Dr Sabariah Putit (Penolong Setiausaha Negeri (Transformasi Pencapaian dan Penyampaian Servis)), Ybrs. Dr. Norisah Binti Suhaili (Pengarah Pendidikan Negeri), Ybhg, Dato Sri Gramong Juna, Ybhg. Datu William Lee Boon Tong dan Ybhg. Dato Peter Minos.
Ordinan Yayasan Sarawak 1971
Apabila ordinan khas ini digubal dan digazetkan sebagai undang-undang pada masa tersebut, dengan jelas Yayasan Sarawak ditubuhkan untuk mencapai enam objektif seperti:
- Untuk menganugerahkan biasiswa atau untuk menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di Sarawak secara khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya. Biasiswa dan bantuan ini akan digunakan untuk proses menyambung pengajian di peringkat sekolah, kolej, universiti atau institut pengajian tinggi yang berada di Malaysia atau luar negara yang menepati syarat dan dirasakan sesuai oleh pihak Lembaga Yayasan Sarawak.
- Mempromosikan secara aktif peluang penambahbaikan pendidikan untuk anak Sarawak secara khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya, tidak mengira di peringkat tempatan atau di mana-mana institut pengajian tinggi luar negara terutamanya penekanan diberikan kepada universiti di dalam negara.
- Untuk menganugerahkan dan menyusun atur anugerah oleh badan berkanun lain terutamanya untuk tujuan biasiswa dan bantuan pendidikan untuk rakyat negeri Sarawak atau mana-mana rakyat Malaysia yang layak.
- Untuk memberikan bantuan kepada mana-mana pihak atau orang yang berada dalam keadaan, di mana menurut pendapat pihak Lembaga Yayasan Sarawak, layak menerima bantuan tersebut.
- Untuk memberikan bantuan melalui geran, pinjaman atau seumpamanya kepada organisasi atau institusi yang ditubuhkan dan digerakkan untuk tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau tujuan kebajikan.
- Untuk membuat sumbangan dan menyediakan bantuan kepada bantuan kecemasan nasional atau keadaan luar jangka.
Bantuan dan Program
Terdapat pelbagai jenis bantuan dan program yang dianjurkan oleh Yayasan Sarawak dalam menjalankan fungsinya sebagai penggerak atur bantuan dalam misi memperkasakan bidang pendidikan di negeri kenyalang. Berikut merupakan senarai bantuan dan program yang dianjurkan oleh pihak yayasan:
- Biasiswa
- Biasiswa Tun Taib
- Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman
- Program Biasiswa Khas Perubatan
- Program Biasiswa Tempatan
- Bantuan Kemasukan ke Institut Teknikal atau Institut Pendidikan Tinggi
- Pinjaman Pelajaran
- Program Biasiswa-Pinjaman (Tempatan)
- Pinjaman Pelajaran ke Luar Negara
- Pinjaman Biasiswa Latihan Teknikal
- Pinjaman Biasiswa Pendidikan Tinggi Sarawak
- Program dan Bantuan
- Program Pertukaran Pelajar
- Program Pendidikan Komuniti
- Program Bantuan Baju Seragam Sekolah
- Program Sekolah Luar Bandar Berprestasi Tinggi
- Program Bantuan Bahan Bacaan
- Bantuan Pelajar Berprestasi Tinggi
- Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak
- Program Kerjasama antara Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
- Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
- Cara pembayaran balik
- Insentif pembayaran balik
Melalui pelbagai program dan jenis bantuan tersebut, dapat kita lihat agensi ini telah membuat yang terbaik dalam mencapai visi mereka untuk menjadi yayasan berkelas dunia dalam memajukan sumber manusia di negeri Kenyalang. Yayasan Sarawak juga berikrar untuk menjalankan misi mereka iaitu untuk menjadi komited dalam menjayakan kemajuan sumber manusia di negeri Sarawak melalui bantuan dan sokongan yang efektif.
Manakala, bantuan dan insentif terbaru yang dijalankan oleh pihak Yayasan Sarawak pula ialah insentif bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk anak negeri Bumi Kenyalang. Bantuan ini dijangka dapat dinikmati oleh sejumlah 9643 orang jumlah peminjam PTPTN yang memegang status sebagai peminjam PTPTN. Bantuan sebanyak RM30 juta ini disasarkan untuk membantu peminjam yang telah membuat bayaran balik sekurang-kurangnya sebanyak 30%. Apabila syarat ini tercapai, maka pihak Yayasan Sarawak akan memberi bantuan bayaran balik dalam membantu menyelesaikan 30% daripada jumlah baki bayaran balik peminjam yang layak di bawah insentif bayaran balik pinjaman pelajaran ini.
Selain itu, peminjam seramai 3715 pelajar di bawah skim Biasiswa Dalam Negara YS juga layak untuk mendapatkan bantuan insentif bayaran balik ini. Syarat yang sama juga telah ditetapkan dan untuk golongan pelajar ini, perbelanjaan sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan.
SUMBER:
https://en.wikipedia.org/wiki/Yayasan_Sarawak
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/07/590717/yayasan-sarawak-agih-baucar-baju-sekolah