Masih ada lagi ke yang tidak tahu apa kepentingan zakat perniagaan dan cara pengiraan yang betul?
Perkongsian kali ini kami akan membantu anda untuk memahami kepentingan dan membuat pengiraan zakat perniagaan.
Zakat
Zakat diambil dari perkataan arab iaitu tazakka(suci).
Zakat adalah salah satu rukun Islam, yang diwajibkan kepada Muslim yang memenuhi syarat-syarat untuk pembayarannya.
Menurut undang-undang Islam, zakat dimaksudkan sebagai mendapat sebahagian harta yang perlu diagihkan kepada mereka yang layak menerimanya.
Zakat terbahagi kepada dua jenis; iaitu zakat fitrah dan zakat harta kekayaan.
Zakat harta benda merangkumi ternakan, tanaman, emas, perak dan wang ringgit, perniagaan, bijih timah dan mineral.
Apa itu Zakat Perniagaan?
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan yang dijalankan oleh umat Islam.
Harta perniagaan:
- Pembuatan
- Perlombongan
- Perikanan
- Perkapalan
- Pembekalan
- Pertanian
- perkhidmatan atau lain-lain.
Tujuannya supaya semua perniagaan sama ada perniagaan persendirian atau perniagaan perkongsian, tidak kira sesama Islam atau bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya mengeluarkan zakat perniagaan sebagai memenuhi syarat sebagai orang yang beragama Islam.
Bukan itu sahaja, perniagaan bersifat sederhana atau kecil seperti makanan, peruncitan, semua jenis jualan langsung atau bersistem yang patuh syariah, peniaga jalanan dan lain-lain juga termasuk sekali.
Semua harta benda termasuk tanah dan harta tanah yang telah dibeli untuk tujuan penjualan wajib dikenakan zakat,
Selain itu, bahan mentah dan barang jualan juga dikenakan zakat. Namun begitu, aset harta syarikat seperti bangunan, mesin, kenderaan dan sebagainya dikecualikan daripada dikenakan zakat.
Berdasarkan firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 267
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu mengeluarkan zakat separuh dari harta dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan untuk kamu dari bumi.
Manakala, hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Samurah bin Jundub r.a iaitu:
“Nabi s.a.w memerintahkan kami untuk mengeluarkan zakat dari harta benda yang untuk dijual semula iaitu diniagakan.”
[Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi]Syarat Wajib Zakat Perniagaan
Mana-mana syarikat atau perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut:
- Seorang Muslim. Perniagaan yang mempunyai pemilikan antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya untuk bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat, bukan muslim tidak perlu membayar zakat.
- Sempurna Milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah sempurna dari segi pemilikan dan berkuasa sepenuhnya terhadap harta.
- Cukup Nisab. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram mengikut nilai emas semasa. Jadi, paras ini menentukan sama ada wajib atau tidak dikenakan zakat. Lebih tidak apa.
- Apabila perniagaan genap setahun, pengiraan bagi harta perniagaan adalah sentiasa mengambil kira keadaan perniagaan pada haul yang mencukupi untuk mengeluarkan zakat.
- Niat Berniaga. Niat pada awal perniagaan jika tujuan beribadah maka perlu mengeluarkan zakat. Ini juga bertujuan supaya perniagaan yang dijalankan penuh telus dan amanah.
Kepentingan Membayar Zakat Perniagaan
“Ambillah zakat dari sebahagian harta, dan zakat itu bertujuan membersihkan dan mensucikan dan mendoakan mereka kerana sesungguhnya doa dapat memberikan ketenangan bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” dipetik dari surah At-Taubah ayat 103
Jika anda seorang peniaga, perkara yang harus anda lakukan adalah dengan mengeluarkan harta dengan membayar zakat untuk menyucikannya sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran:
Zakat dapat menghindarkan seseorang dari dosa dan membantu pemberi mengingati akhirat dan percaya bahawa segala di dunia adalah sementara sahaja.
Dengan berzakat juga dapat berkongsi rezeki dengan golongan yang tidak berkemampuan, orang miskin, janda, anak yatim piatu dan orang kurang upaya . Sesungguhnya, tidak rugi jika kita rajin bersedekah dan berzakat kerana Allah SWT.
7 faedahnya ialah:
- Mensucikan harta
- Membantu pertumbuhan ekonomi
- Menyuburkan harta
- Membersihkan jiwa
- Mengelak dari sifat boros dan sifat tamak haloba
- Merapatkan jurang antara golongan miskin dan kaya
- Mengajar rasa bersyukur
Cara Pengiraan Zakat Perniagaan
Tiga perkara penting dalam pengiraan zakat perlu dititikberatkan:
- Kenal pasti dan hitung jumlah nilai aset yang termasuk dalam perlu dikenakan zakat.
- Catit semula jumlah aset bersih selepas tolak jumlah hutang.
- Bayar nisab mengikut minimum atau lebih dan bandingkan dengan nilai aset bersih pada haul yang akhir.
Cara pengiraan zakat perniagaan adalah sebanyak 2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakat mengikut syarat yang telah dinyatakan.
Harta perniagaan yang layak dizakat adalah dengan mengira:
- harta bersih ditambah dengan pelaburan jangka pendek . Kemudian darablah dengan 2.5%.
Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan
1. Model Berkembang “Growth Model”
Modal Growth adalah Modal yang termasuk dengan Untung Perniagaan. Ia mengambil kira ekuiti pemilik perniagaan, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan telah dinilai.
Cara pengiraan adalah Ekuiti Pemilik tambah dengan Liabiliti Jangka Panjang tolak Aset Tetap tolak Aset Bukan Semasa ambil tambah atau tolak Pelarasan sama dengan Harta Perniagaan yang perlu dibayar.
2. Model Modal Kerja “Working Capital”
Working Capital diambil dengan mengira semua aset yang dikenal pasti ditambah atau ditolak.
Ia mengambil kira semua jumlah Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan ketika perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira.
Aset Semasa tolak dengan Liabiliti Semasa ditambah atau ditolak dengan Pelarasan. Jumlah yang dapat adalah jumlah harga perniagaan yang perlu dikeluarkan zakat perniagaan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pengiraan zakat perniagaan dengan mudah dan tepat. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang pusat zakat berdekatan anda.
Sumber:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zakat