Now Reading
Kegunaan Zentel (Ubat Cacing), Kesan Sampingan, Dan Lain-lain.

Kegunaan Zentel (Ubat Cacing), Kesan Sampingan, Dan Lain-lain.

Zentel

Pengenalan

Zentel adalah ubat antiparasit yang digunakan untuk rawatan jangkitan cacing parasit. Ia berfungsi dengan membunuh cacing yang menyebabkan jangkitan dan menghentikan jangkitan daripada merebak lebih jauh.

Kegunaan Zentel

Zentel adalah ubat anti-parasit yang digunakan terutamanya untuk merawat dan mencegah jangkitan parasit. Ia digunakan untuk merawat jangkitan yang terjadi disebabkan oleh:

  • Cacing pita (tapeworms)
  • Cacing kerawit (pinworms)
  • Cacing keruit (threadworms)
  • Cacing gelang (roundworms)
  • Cacing cambuk (whipworms)
  • Cacing cangkuk (hookworms)
  • Cacing filarial (filarial worms)

Seterusnya, ubat Zentel boleh digunakan dalam rawatan penyakit dan keadaan berikut:

  • Penyakit Hydatid: Jangkitan cacing pita yang menyerang hati, paru-paru, otak dan organ lain. Ia biasanya berlaku disebabkan hubungan langsung dengan kotoran haiwan yang dicemari dengan jangkitan cacing pita.
  • ‘Neurocysticercosis’: Jangkitan cacing pita yang mempengaruhi otot, saraf tunjang, otak dan tisu lain. Ini biasanya terjadi disebabkan  hubungan langsung dengan najis manusia yang dicemari dengan jangkitan cacing pita.
  • Enterobiasis: Jangkitan cacing kerawit yang menyerang kanak-kanak. Ia tidak menyebabkan gejala serius kecuali gatal-gatal pada rektum.
  • ‘Strongyloidiasis’: Penyakit parasit usus. Ini biasanya dicirikan oleh sakit perut dan pembakaran, ruam, batuk, gatal-gatal, muntah, dan lain-lain.
  • ‘Ascariasis’: Jangkitan parasit usus yang terjadi disebabkan cacing gelang besar.
  • ‘Trichuriasis’: Jangkitan parasit yang mempengaruhi perut. Ia biasanya dicirikan oleh rasa sakit, letih dan cirit-birit.
  • ‘Cutaneous Larva Migrans’: Jangkitan cacing cangkuk yang mempengaruhi kulit.
  • Filariasis: Penyakit parasit tropik yang mempengaruhi nodus limfa dan saluran limfa. Ia berlaku disebabkan gigitan nyamuk. Gigitan ini membawa parasit yang kemudian bergerak ke nodus limfa.
  • Giardiasis: Jangkitan parasit disebabkan oleh Giardia. Ia biasanya terjadi kerana meminum air yang tercemar.

Kesan sampingan Zentel

Selain daripada kesan ubat yang diinginkan, ubat Zentel juga ada menunjukkan kesan sampingan dalam beberapa kes. Beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami adalah seperti berikut:

  • Mual atau muntah
  • Kejang
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Air kencing berwarna gelap
  • Reaksi alergi pada kulit
  • Pendarahan yang tidak biasa
  • Lebam yang mudah berlaku
  • Sesak nafas
  • Rambut gugur sementara
  • Enzim hati yang meningkat
  • Keletihan yang tidak biasa

Sekiranya pesakit mengalami kesan sampingan (seperti yang disenaraikan atau tidak disenaraikan di atas) semasa penggunaan ubat ini, segera berjumpa dengan doktor.

Interaksi Zentel

Menggabungkan dua atau lebih ubat boleh mengubah cara ubat itu berfungsi dan boleh meningkatkan risiko berlakunya kesan sampingan yang tidak diingini. Beberapa ubat yang boleh berinteraksi secara negatif dengan Zentel adalah:

  • Carbamazepine
  • Cimetidine
  • Clozapine
  • Dexamethasone
  • Estrogen
  • Fosfestrol
  • Fosfenitoin
  • Phenytoin
  • Phenobarbitone
  • Praziquantel
  • Tibolone
  • Estradiol

Interaksi dengan alkohol

Interaksi ubat ini dengan alkohol boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan hati. Oleh itu, individu disarankan untuk menghentikan pengambilan alkohol semasa rawatan bersama Zentel.

Kontraindikasi Zentel

Sekiranya anda alah kepada ubat-ubatan kelas Benzimidazole seperti Mebendazole atau komponen ubat lain, anda disarankan untuk tidak mengambil Zentel. Sebelum menggunakan sebarang ubat, berjumpa dengan doktor untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Zentel juga mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memperburuk lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat itu berfungsi. Justeru itu, ia adalah penting untuk memaklumkan pada doktor dan ahli farmasi anda tentang semua keadaan kesihatan yang anda miliki, seperti:

  • Masalah sumsum tulang
  • ‘Cysticercosis ‘yang melibatkan mata
  • Penyakit hati
  • Enzim hati

Zentel dan kehamilan

Zentel tidak selamat untuk diambil ketika kehamilan. Ia boleh membahayakan bayi yang belum lahir. Beritahu doktor sekiranya anda hamil. Gunakan bentuk kawalan kelahiran yang berkesan semasa menggunakan ubat ini dan sekurang-kurangnya 1 bulan selepas dos terakhir anda. Anda juga harus menjalani ujian kehamilan negatif sebelum memulakan rawatan.

Seterusnya, penggunaan Zentel adalah dalam kategori risiko kehamilan C, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA).

Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adaalah seperti di bawah:

  • A = Tiada risiko
  • B = Tiada risiko dalam beberapa kajian
  • C = Mungkin ada beberapa risiko
  • D = Ada bukti positif risiko
  • X = Kontraindikasi
  • N = Tidak diketahui

Dos Zentel

Pesakit harus mengambil ubat Zentel mengikut arahan yang ditetapkan oleh doktor. Doktor biasanya menetapkan satu tablet Zentel  setiap hari. Walau bagaimanapun, dosnya mungkin adalah berbeza-beza dengan keparahan jangkitan yang akan dirawat.

Ambil ubat ini dalam dos dan tempoh yang disarankan oleh doktor. Telan secara keseluruhan. Jangan kunyah, hancur atau pecahkannya. Ubat Zentel juga boleh diambil dengan atau tanpa makanan, tetapi lebih baik jika diambil pada waktu yang tetap.

SUMBER

https://www.1mg.com/drugs/zentel-tablet-137773

https://docprime.com/zentel-400-mg-tablet-mddp

https://hellodoktor.com/drugs-herbals/drugs/zentel/

error: Content is protected !!